Antara kehendak dan kewajipan... aku berada di tengah-tengah.. Baru tersedar bahawa ianya seakan-akan sebuah persimpangan yang menakutkan bagi aku.. Sungguh.. Memang payah untuk menolak kehendak diri yang sering kali meminta sesuatu yang kita suka sedangkan ia bertentangan dengan apa yang dituntut oleh-Nya- sebuah Kewajipan..
Hari ini aku bertanya kepada diri aku..Sampai bila aku akan terus dipermainkan oleh kehendak diri sendiri sedangkan apa yang dituntut oleh Dia sebenarnya memang jelas di depan mata.. Mungkinkah aku akan biarkan sahaja ia sehingga aku benar-benar tidak melihatnya lagi? Secara jujurnya aku mula berasa takut... andai suatu ketika aku sudah tidak dapat melihat lagi kenyataan yang ada di hadapan aku, apakah aku akan terus berada dalam permainan kalah-mati dengan kehendak diri sendiri?
Kehendak yang menjanjikan kesenangan dunia.. Sungguh, aku mudah kalah dengan kehendak diri ini. Andainya ia adalah sebuah permainan kalah-mati.. Pasti aku orangnya yang akan mati kerana mengikut rentak permainan kehendak aku sendiri.. Aku sendiri tidak pasti, antara kehendak dan kewajipan.. Jalan yang mana aku pilih sebenarnya?
