Sweetness Scar

Rabu, 27 Ogos 2014

The Pain Lingering In My Veins

Hello... 

Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku semenjak kebelakangan ni.. Lonely? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.. Tapi apa yang aku boleh cakap adalah aku tak sukakan perasaan di dalam hati aku ni.. Tak suka. Sungguh. Kadangkala aku rasa aku semakin cepat terasa hati... Huh.. Entah la kenapa..
Abaikan je laa... Aku bukan nak bercerita tentang perasaan aku yang satu itu.. Tapi aku nak cerita tentang hal lain...  

Minggu lepas... Aku keluar dengan Chips, Mr Tuck dan anak mak ngah aku.. Bersiar-siar atau merempit sebenarnya? hahaha... Tak pasti.. Biarlah apa pun.. Aku bawak anak mak ngah aku tu naik motor ngan aku.. Jadi aku follow lah Chips dengan Mr Tuck tu.. Gahaaa... Follow diorang masuk jalan yang aku tak pernah guna pun selama ni... Dan, ada edegan yang hampir meragut nyawa sebenarnya... Yup.. Aku hampir-hampir di langgar kereta.. Entah la macam mana aku bawak motor time tu.. Tak ingat langsung yang aku bawak anak orang time tu.. Ish, ish...

Hampir terlanggar... Tapi mujur sahaja kereta itu tak langgar motor aku.. Kalau tak... mungkin aku dah tak ada kat sini.. Allah masih panjangkan umur aku.. Allhamdulillah... Apabila kami sampai di destinasi kami- tempat rekreasi yang banyak beruk mengikut kata Mr Tuck.. Aku tak ada la pula nampak beruk waktu tu.. hahaa... Chips cakap dia risau dengan apa yang jadi tadi... Memandangkan dia nampak apa yang hampir terjadi... Katanya dia tak dapat bayangkan kalau benda tu jadi depan mata dia... Pada kawan baik dia sendiri... 

Okay.. Aku sebenarnya nak cakap tentang ayat yang di hujung tu... Kata-kata Chips petang tu.. Aku tahu dia risaukan aku... Kawan dia semenjak dari tingkatan 1 lagi.. Tapi apabila aku dengar dia cakap 'kawan baik'... Ada satu rasa yang menganggu aku sebenarnya... Bukan rasa gembira kerana ada orang risau.. Bukan rasa bahagia kerana ada orang ambil berat... Tapi aku rasa tidak percaya... Ya. Aku tak percayakan perkataan 'kawan baik' yang dia cakapkan tu... Aku tak tahu kenapa... Aku betul kenal Chips.. Betul aku sayang dia macam adik aku.. Dan betul juga aku care sangat-sangat tentang dia... Tapi pada masa yang sama aku doubted apa yang dia kata... 

Entah lah... Mungkin sebenarnya aku fobia dengan term 'kawan baik' tu... Sebab aku tak pasti apa bendanya kawan baik tu sendiri... Baiknya aku di mata dia tu di mana? Dia tahu buruknya perangai aku... Dan aku sebenarnya rasa dia terpaksa tambah ayat 'baik' di belakang 'kawan' tu semata-mata kerana dia takut aku terasa hati... haihhh.. Sungguh lah aku tak tahu apa kena dengan diri aku ni.. I shouldn't doubted her sebab dia kawan aku... Tapi entahlah... Aku betul-betul rasa takut dengan perkatan 'kawan baik' yang dia sebut tu... Urghhh...

p/s::  I want to believe in your words but, I can't...  Gomenasai... 

Selasa, 12 Ogos 2014

Feeling Lonely

Hello... 

Sejak akhir-akhir ni aku asyik terfikirkan tentang zaman sekolah aku dulu.. Zaman di mana aku rasa aku punya kawan-kawan yang banyak walaupun ada di antaranya tak pernah sukakan aku.. hahaha... That how it should be for a rotten kid like me, ey? *dammit*  Tapi sebenarnya, berberapa hari kebelakangan ni... Aku mula faham sesuatu.. Seseorang yang pernah kita anggap kawan tetap juga seorang yang asing bagi kita sebenarnya... Sebab tak semestinya kita akan kenal dia dengan sikap yang sama sampai bila-bila.. Sewaktu aku berhadapan dengan perubahan dalam diri my love dahulu.. Aku selalu cakap manusia berubah mengikut masa.. Dan, ya.. Memang betul rasanya.. Manusia berubah mengikut masa.. 

Sebab aku tiba-tiba menulis entry tentang ini bukanlah kerana My love... Tapi kerana kawan baik aku di sekolah dulu- Miss A.. Aku pernah menyebut nama dia di dalam blog ni rasanya.. Well, yeah.. Kalau nak diikutkan aku memang boleh baca dia dari luar dan dalam.. Tapi semenjak masing-masing dah habis sekolah ni.. Terasa ada dinding tebal di antara kami.. Aku mula takut untuk memahami diri dia yang sekarang.. Mula takut untuk terima perubahan yang ada pada dirinya.. Adakah aku terlalu pentingkan diri sendiri? Entahlah.. Kadang-kala rasanya amat menakutkan apabila orang yang kita kenal luar dan dalam jadi seseorang yang berbeza dan tak sama seperti dulu..

It's hurt so bad...

Beberapa hari yang lepas aku ada menelefon dia.. Bertanya jika dia sudah sihat dari demam.. Sekali nak tanya jika dia ada masa lapang sebab aku ingat nak pergi rumah dia.. Bercakap punya bercakap.. Dia bagitahu aku dia nak pergi interview kerja kilang... Sungguh aku terkejut waktu tu.. Tapi rasa tu aku cuba untuk kawal.. Sedikit terasa hati kerana aku memang tak pernah tau yang dia nak berkerja.. Terasa hati juga apabila sewaktu aku mengajak dia mencari kerja dulu dia kata dia tak nak kerja di hujung-hujung tahun.. Erhh? I really don't understand la... Tapi aku buat bodoo ajelah..

It not because of the jobs... Tapi ini kerana aku terfikirkan kemungkinan yang dia akan dapat kawan-kawan baru... Dan, kawan lama macam aku ni memang dah tak akan ada tempat dalam hidup dia lah kan? I hate when it comes to this.. Sebab aku tak reti nak berlagak selamba apabila melibatkan sebuah persahabatan.. Aku takut kehilangan kawan.. Dan susah berkongsi kawan baik aku dengan kawan lain yang aku tak boleh nak get along.. Kiranya aku ni jenis yang kawan dengan seorang dua kawan pada satu masa sahaja.. Apabila terlalu ramai yang jadi kawan nanti akan jadi complication pada aku.. Well, siapa yang tak akan masam muka bila duduk ramai-ramai pastu dok lawan kutuk kawan sendiri ye dak? Heh, aku bercakap berdasarkan pengalaman.. 
Serius...


Jadi di sini.. Aku tak tau nak buat macam mana lagi.. Adakah aku perlu berlagak seperti it doesn't hurt at all atau aku perlu bawa diri aku yang not belongs with them ni jauh-jauh dari mereka? Sungguh, aku buntu ketika ini.. I'm afraid of being alone.. But, it hurt even more for making them stay when their actually never care...

Jumaat, 8 Ogos 2014

My Current Life:: At The Edge Of Box

Helloo... 




Lately, ramai yang tanya aku samada aku sambung belajar atau tak.. Setiap kali aku bersua muka dengan mereka... Mesti akan keluar soalan-soalan yang macam ni... "Belajaq mana sekarang ni?"  atau "Tak sambung belajaq ka?" dan soalan yang paling aku tak boleh tahan bilamana mereka tanya... "Tak masuk tingkatan 6?"... Kadang-kadang aku rasa macam nak menjerit je bila semua orang suruh aku apply tingkatan 6... Duh.. Buat apa aku apply kalau memang waktu aku di tawarkan tingkatan 6 dulu aku tolak? wahahh.. Aku bukannya pandang tingkatan 6 tu macam benda yang teruk... Tak.. Sama sekali tidak.. Tapi, sebabnya adalah.... Aku nak larikan diri dari kenangan lalu... 

Hailaaa... Sebab mereka semua tak tahu diri aku yang sebenaqnya bagaimanalah aku terseksa dalam hati... Kalau tidak memang dah lama aku cakap kat mereka yang aku sebenarnya melarikan diri dari masa lampau aku sendiri.. Macam mana agaknya aku nak menjejakkan kaki ke sekolah lama aku tu selama 2 tahun lagi sedangkan kat situlah yang banyak kenangan antara aku dan My love suatu ketika dahulu... Dan di situ jugalah permulaan aku terjumpa dengan My love sehingga akhirnya aku mula menyayangi dia seakan-akan dia ditakdirkan untuk menjadi milik aku selamanya... Dan yang lebih menakutkan lagi ialah, My love juga ada di situ... Dia masih berada di sekolah itu dan menjadi pelajar tingkatan 6.. 

Apa yang jadi antara aku dengan dia... Memang sepenuhnya salah aku sendiri.. Aku yang mula menyayangi dia.. Aku yang mula mendekati dia.. Aku yang mula luahkan perasaan aku pada dia.. Dan yang menamatkan persahabatan kami juga adalah aku... Aku jugalah yang menyakitkan hati dia.. Entahlah... Mungkin kerana aku dahulu berfikiran cetek... Atau sebenarnya aku ni jenis yang suka buat sesuatu tanpa berfikir dahulu.. Entah.. Aku tak pasti... Yang aku tahu.. Aku sayangkan dia.. Dan ada ketikanya aku mahu memiliki dia sepenuhnya sehinggakan aku takut dengan diri sendiri... Maka, tanpa sedar aku menyakiti dia.. Dan mula menjauhi dirinya... heh... It sound silly but that really happened between us.. 


I'm bound by memories... 

Haihhh... Watever... Kita berbalik kepada mak cik-pak cik-tok wan-tok nek yang bertanya tentang aku sambung belajaq tadi tu.... Ada juga beberapa kali mereka compare kan aku dengan cucu-cicit dan anak-anak mereka... Heh? What the fucking you're doing lah? Aku tau laaa anak-cucu hangpa semua tu pandai-pandai belaka... Aku ni tak adalah pandai tera mana pun... Tak payahlah nak comparekan aku dengan diorang sedangkan kita berdua pun bukannya ada kaitan.. Setakat aku panggil hang mak cik.. Tak berertinya hang tu betul-betul mak menakan aku... heh... Sampaikan ada juga antara mereka yang nak suruh aku jadi nurse? What the hell man? 

Hailaaa... Sungguhlah nasib... Kadang-kadang tu aku sampai takut nak pergi beraya rumah diorang... Sebab memang dah boleh hafal dah soalan yang akan ditanya.. Jadi, langkah selamat yang aku sediakan adalah... Hafal skema jawapan yang aku dah siapkan awal-awal lagi... "Masih tunggu lagi, mak cik.. Panggilan kedua... Result tak keluar lagi.."  dan dengan senyum plastik tak bergula di tampal penuh paksa dekat muka.. Heh... I hate being hypocrite... Tapi apa pilihan yang aku ada?


It's hurts...

p/s:: It's true you know my name.. but still you don't know my whole story... Try walking in my shoes before you dare to speak... Dammit..

Rabu, 6 Ogos 2014

ShaQ Dan Kek

Hello...
Selamat Hari Raya... haha... gilalah baru ucap sekarang.. *blame me* 

Hari ni nak bercerita pasal kek.. hahahha... Ni semua pasal aku ada baca entry dari Encik Piyotlah ni.. Terliur kot aku tengok kek cheese yang dia buat.. walaweii.. dah la aku tak pandai masak.. Gila kalah lah aku dengan dia.. Wawehhh... Lelaki pulak tu.. Semua benda dia masak memang nampak sedap kut... huhuhuuu... merana jugaklah bila aku tengok hari tu.. Dah lah aku tengah puasa time tu.. Maunya sampai ke buka puasa aku asyik teringat dengan kek je.. Mak aku pun sampai naik pelik dengan aku hari tu... 

Maka dengan bersemangatnya aku mula mencari resepi... Gahahh.. Lapaq kek punya pasai, apa pun cheq redah je.. Buang masa setengah hari.. Semua kek yang ada nampak susah je? Aku ni baru nak mencuba kut... Kalau selama ni aku reti buat puding roti je.. Nak jugaklah try buat kek.. Asyik kakak aku je yang buat.. Gahaahh.. Tak mau kalah sebenaqnya ni.. wewittt... Maka, terjumpalah aku dengan resepi kek gula hangus atau nama yang lebih elok sikit, Kek sarang semut.. *elok ke?* Tengok punya tengok macam senang je.. wahah... 

Maka hari ni, untuk kali pertamanya aku buat kek sendiri.. hahaa, serius lawak.. Dengan buku dan hanphone untuk di buat rujukan resepi.. Entah dari blog siapalah yang aku ambik resepi dia pun aku dah tak ingat.. hahaha... maka terhasillah sebuah kek... 


ni dah berpotong masuk bekas...


abaikan cara aku potong kek tu... hahaha

Walaaaaa.... Nampak macam kek chocolate kan? gahaa... Jangan tetipu.. Kek Gula Hangus tu... Malang sungguh bila aku tak berminat dengan kek ni.. Maka dua bekas kecik tu aku ingat nak bagi kat kawan aku dengan kakak aku yang tengah merana kat tempat kerja dia.. Hahaa.. Tapi kawan aku tu pulak busy hari ni.. Jadi aku tak taulah nak sedekah kat siapa... huh, maybe dapat kat kakak aku lah kot dua-dua bekas ni... hahah...

p/s:: Untuk kawan aku tu nanti aku buatkan puding roti gulung... hahaaa... Insyaallah..