Lately, ramai yang tanya aku samada aku sambung belajar atau tak.. Setiap kali aku bersua muka dengan mereka... Mesti akan keluar soalan-soalan yang macam ni... "Belajaq mana sekarang ni?" atau "Tak sambung belajaq ka?" dan soalan yang paling aku tak boleh tahan bilamana mereka tanya... "Tak masuk tingkatan 6?"... Kadang-kadang aku rasa macam nak menjerit je bila semua orang suruh aku apply tingkatan 6... Duh.. Buat apa aku apply kalau memang waktu aku di tawarkan tingkatan 6 dulu aku tolak? wahahh.. Aku bukannya pandang tingkatan 6 tu macam benda yang teruk... Tak.. Sama sekali tidak.. Tapi, sebabnya adalah.... Aku nak larikan diri dari kenangan lalu...
Hailaaa... Sebab mereka semua tak tahu diri aku yang sebenaqnya bagaimanalah aku terseksa dalam hati... Kalau tidak memang dah lama aku cakap kat mereka yang aku sebenarnya melarikan diri dari masa lampau aku sendiri.. Macam mana agaknya aku nak menjejakkan kaki ke sekolah lama aku tu selama 2 tahun lagi sedangkan kat situlah yang banyak kenangan antara aku dan My love suatu ketika dahulu... Dan di situ jugalah permulaan aku terjumpa dengan My love sehingga akhirnya aku mula menyayangi dia seakan-akan dia ditakdirkan untuk menjadi milik aku selamanya... Dan yang lebih menakutkan lagi ialah, My love juga ada di situ... Dia masih berada di sekolah itu dan menjadi pelajar tingkatan 6..
Apa yang jadi antara aku dengan dia... Memang sepenuhnya salah aku sendiri.. Aku yang mula menyayangi dia.. Aku yang mula mendekati dia.. Aku yang mula luahkan perasaan aku pada dia.. Dan yang menamatkan persahabatan kami juga adalah aku... Aku jugalah yang menyakitkan hati dia.. Entahlah... Mungkin kerana aku dahulu berfikiran cetek... Atau sebenarnya aku ni jenis yang suka buat sesuatu tanpa berfikir dahulu.. Entah.. Aku tak pasti... Yang aku tahu.. Aku sayangkan dia.. Dan ada ketikanya aku mahu memiliki dia sepenuhnya sehinggakan aku takut dengan diri sendiri... Maka, tanpa sedar aku menyakiti dia.. Dan mula menjauhi dirinya... heh... It sound silly but that really happened between us..
I'm bound by memories...
Haihhh... Watever... Kita berbalik kepada mak cik-pak cik-tok wan-tok nek yang bertanya tentang aku sambung belajaq tadi tu.... Ada juga beberapa kali mereka compare kan aku dengan cucu-cicit dan anak-anak mereka... Heh? What the fucking you're doing lah? Aku tau laaa anak-cucu hangpa semua tu pandai-pandai belaka... Aku ni tak adalah pandai tera mana pun... Tak payahlah nak comparekan aku dengan diorang sedangkan kita berdua pun bukannya ada kaitan.. Setakat aku panggil hang mak cik.. Tak berertinya hang tu betul-betul mak menakan aku... heh... Sampaikan ada juga antara mereka yang nak suruh aku jadi nurse? What the hell man?
Hailaaa... Sungguhlah nasib... Kadang-kadang tu aku sampai takut nak pergi beraya rumah diorang... Sebab memang dah boleh hafal dah soalan yang akan ditanya.. Jadi, langkah selamat yang aku sediakan adalah... Hafal skema jawapan yang aku dah siapkan awal-awal lagi... "Masih tunggu lagi, mak cik.. Panggilan kedua... Result tak keluar lagi.." dan dengan senyum plastik tak bergula di tampal penuh paksa dekat muka.. Heh... I hate being hypocrite... Tapi apa pilihan yang aku ada?
It's hurts...
p/s:: It's true you know my name.. but still you don't know my whole story... Try walking in my shoes before you dare to speak... Dammit..


.jpg)