Heyya.....
Percaya atau tidak, dihari raya ini aku masih lagi bergelut dengan perasaan.. Di saat setiap insan sibuk beraya dan berbahagia dengan sanak saudara.. Aku di sini ditekan dan diasak dengan perbagai rasa yang tanpa henti mengajak aku beradu tenaga.. Nak dijadikan cerita disini.. Sebenarnya, My love telah menghilang lagi dari hidup aku.. Tidak.. Tidak.. Dia bukan menghilang tanpa di kesan seperti selalu... Kali ini aku tahu di mana perlu aku cari dia.. Cuma aku sahaja yang berpura-pura tidak tahu..
Apa gunanya aku terus mengejar dia.. Sedangkan aku tahu dirinya tak mampu aku miliki.. Aku biarkan dia dengan hidupnya... Terbang bebas tanpa terikat dengan hati aku.. Tapi kemudian.. Aku dapat tahu ayahnya tidak sihat sehingga dimasukkan ke hospital.. Ketika itu.. hanya Tuhan yang tahu bertapa aku ingin dekat dengannya. Ingin berada di sisi dia dan memeluk dia di dalam dakapan aku.. Memberikan dia rasa selamat.. Aku ingin menjadi pelindung dia.. Tapi.. Tapi... itu sekadar kekal menjadi mimpi aku.. Mimpi yang tak akan kesampaian.. Aku terseksa di dalam hati.. Memikirkan tentang dia.. Aku gagahkan juga suatu hari untuk memberikan kata-kata semangat kepada dia.. Di whatapps.. Aku tahu dia tidak pernah menyimpan nombor aku.. Dan aku tahu dia tak tahu siapa aku ketika itu.. Tak mengapa.. Asalkan aku lakukan sesuatu untuk dia.. Walaupun hanya secarik kata-kata semangat...
Seorang kawan di wechat.. Seorang Tomboy yang aku pernah cuba untuk buat geng.. Yang pada aku mungkin dia mampu memahami diri aku dan fikiran-fikiran aku yang bercelaru ni... Tapi rasanya.. Aku lebih lama dan lebih sakit di dalam dunia terbalik ni daripada dia.. haha.. Lebih tepat.. Aku yang memahami keadaan dirinya.. Pada fikiran aku.. Suatu hari.. Dia pernah tanyakan aku tentang kisah aku dengan My love.. Aku bercerita dan bercerita.. Walaupun tidak beberapa detail.. Tapi sedaya upaya aku buatkan dia faham tentang rentak dan selok belok kisah aku dan My love.. Dia bersimpati dengan aku kerana di tinggalkan dan mengusul agar aku mencari pengganti.. hahah...
Andai sahaja mencari pengganti itu mudah... Andai sahaja menggantikan My love dengan orang lain itu mudah.. Andai sahaja aku mampu.. Andai sahaja aku jumpa seseorang yang sama macam aku juga.. Mungkin sudah lama.. Mungkin aku bukan lagi sendirian ketika ini.. Di dalam usul yang diberikan oleh Lysa, si Tomboy dari wechat itu.. Aku ada juga terfikir.. Jika aku mencari pengganti dan memilih seorang pengganti.. Bagaimanakah ciri-ciri yang aku cari nanti? Siapakah yang akan jadi top dan siapa akan jadi bottom? Aku mencari yang feminine atau si butch yang boleh berikan aku pleasure? Aku tak pasti.. Atau lebih tepat aku confuse..
Ketika bersama dengan My love... Aku lebih rela jika akulah yang memberikan servis.. Yang menjadi top dan memberikan pleasure kepada dia... Walaupun selama ini tak pernah pun aku buat perkara-perkara sebegitu dengannya.. Tapi jika itu berlaku.. Aku yang akan menjaga dia... Aku yang akan menyayanginya.. Tapi... apabila My love meninggalkan aku... Dan aku mula rasa diri ini kembali menjadi insan normal kononnya... Aku mula rasa aku mampu menjadi si bottom yang boleh spread her legs for another person... Mungkin pelik.. Tapi kadang kala aku rasa tidak kisah kalau aku yang menjadi si feminine meskipun gaya aku tak adalah feminine mana pun... That how its was.. Tapi malangnya.. Tidak kiralah dengan lelaki mahupun perempuan.. Aku tak pasti aku mampu lakukannya jika insan itu bukanlah My love...
Mungkin... Jika aku terjumpa seseorang yang tahu menjaga hati aku.. Mungkin ketika itu aku mampu membuka hati ini untuk insan itu.. Siapa tahu kan? Tidak kiralah dia lelaki mahu pun perempuan.. Jika dia ingin bersama aku dan menyayangi aku... Mungkin aku akan cuba dan berusaha dengan sehabis mungkin.. haihh... malangnya.. ketika menulis entry ini... insan yang aku harapkan untuk bersama aku hanyalah My love seorang... *sigh*
p/s:: kepada sesiapa yang membaca blog ini.. Tidak kira top atau bottom.. Feminine atau butch... Jika anda perempuan.. dan masih single.. Be mine? hahaha... nampak sangat desperate... *sigh* forget it...