Hello...
Beberapa hari ni mood aku berada dalam keadaan yang tak menentu... Semua ni adalah di sebabkan oleh beberapa orang manusia dari zaman sekolah aku yang membuat angkara... Haihhh... Salahkah aku untuk melupakan kenangan lampau? Walaupun hakikatnya aku tahu kenangan itu tidak mampu di hapuskan dari kepala... Dan, kerana kenangan itu aku cuba melarikan diri dari mereka.. Dari kawan-kawan lama aku di sekolah dahulu... Dari kenangan aku dengan My love dan yang lain..
Kiriman salam dari My love dulu mungkin membuatkan aku gembira... Sekurang-kurangnya hanya kiriman salam... Tapi, dua hari yang lalu... Miss A ada berikan aku sesuatu.. Yang datangnya dari kawan-kawan yang sebenarnya tak adalah rapat mana dengan aku... Atau boleh dikatakan dari kawan yang dahulu mati-mati membenci aku? Hehh... Aku lebih rela mereka lupakan aku... Atau buat bodoh dengan kewujudan aku seperti zaman sekolah dulu daripada mereka berpura-pura macam aku ni kawan mereka di dunia dan akhirat... hehhh...
Nak dikatakan gembira ketika terima hadiah tu memang jauh sekali... Sebaliknya apa yang dalam kepala aku ketika itu adalah niat untuk aku buangkan saja benda yang menyesakkan kepala tu... Atau lebih tepat lagi.. Aku niat nak bakar je benda tu sebenarnya.. hahaha... Yeah... Aku tahu gaya aku macam aku tak hargai benda yang mereka bagi... Blame me.. Tapi, apabila hadiah itu adalah photo album yang di dalamnya penuh dengan gambar kau waktu zaman dulu... Yang akan jadi trigger untuk kau ingat balik kenangan lama yang kau nak lupakan macam benda tu baru berlaku semalam... Apa yang akan kau buat?
Dan, yang lebih menyakitkan apabila aku ternampak gambar My love di dalam album itu... Haihh... Aku mula rasa segala usaha aku beberapa bulan kebelakangan ini menjadi sia-sia... Aku berusaha untuk melupakan senyuman dia.. Melupakan apa sebabnya aku mula menyayangi dia.. Dan akhirnya... Usaha aku musnah kerana gambar-gambar yang berkeping-keping tu... Apabila aku mula untuk menyakinkan diri aku yang aku mampu melepaskan dia.. Melepaskan kenangan lampau.. Atau lebih tepat sebenarnya melupakan perasaan yang wujud... Akhirnya musnah semuanya..
Ada sebab kenapa aku tak mahu menyimpan semua gambar tu.. Ya. Mungkin sebab aku tak mahu teringatkan kenangan yang menyakitkan.. Di mana ketika gambar itu di ambil sebenarnya hubungan aku dengan mereka bukanlah sebaik mana.. Aku masih menganggap mereka sebagai stranger selain dari My love dan Miss A ketika itu.. hahaha... Yup... Aku memang pandai berpura-pura.. Tapi tidak juga sebenarnya... Aku manusia yang tak pandai sembunyikan perasaan apabila melibatkan sebuah hubungan persahabatan... I'm a loser.. Serius..
Tapi, sebab utamanya aku tak mampu menyimpan gambar-gambar itu adalah kerana aku takut.. Aku takut pada sebuah kenangan... Aku takut pada sebuah harapan... Serius.. Aku dah penat untuk letakkan harapan pada hubuangan persahabatan aku dengan mereka... Kerana aku sedar hubungan antara aku dengan mereka itu telah lama retak.. Atau lebih tepat lagi aku rasakan persahabatan antara aku dengan mereka sebenarnya tak pernah ada... Aku masih pandang mereka sebagai stranger.. Dari dahulu sehingga kini.. Mereka masih stranger di mata aku... Stranger yang pernah duduk di dalam geng yang sama.. hahah... Funny.. Tapi itu kenyataan.. Itu apa yang aku rasa..
p/s:: I really want to forget... That why I keep running... *sigh*
Aku bukan mencari simpati melalui penulisan di dalam blog ni.. Bukan juga mencari perhatian.. Aku cuma mewujudkan sebuah ruang untuk aku luahkan perasaan.. Kerana ada benda yang tak mampu aku ceritakan kepada insan di sekeliling aku dan tak mampu juga untuk aku pendam sendiri di dalam hati...
Rabu, 24 September 2014
Sabtu, 13 September 2014
Rasa Yang Tersimpan..
Selama ini aku fikir, dia telah melupakan aku untuk selamanya... Tapi rupanya itu sekadar sangkaan bodoh aku sahaja... Beberapa hari yang lalu, My love titipkan salam kepada aku melalui seorang kenalan.. Suatu perkara yang aku sangka tak akan pernah terjadi... Bukan aku tidak suka.. Cukup suka malah menggembirakan... Siapa yang tak suka orang yang kita sayang masih ingatkan kita bukan? *smile*
Cuma.. di dalam rasa gembira dan bahagia itu... Ada rasa lain yang menjelma... Aku mula berasa takut... Kiriman salam itu jika hendak dilihat memanglah sekadar kiriman salam dari seorang sahabat kepada sahabat lamanya... Tapi apabila orangnya My love dan penerimanya adalah aku... Ada benda lain yang kembali wujud di dalam hati ini dek kerana kiriman salam itu... Ia adalah sebuah harapan...
Benar.. Selama ini, aku menjauhkan diri dari dia.. Atau lebih tepat lagi aku menolak dia keluar dari hidup aku... Adalah kerana aku takut pada harapan... Kerana harapan itu yang membuatkan aku masih menyayangi dia... Yang membuatkan aku bahagia dengan perasaan yang sebegitu tanpa adanya rasa bersalah... Dan akhirnya... Harapan itu semakin besar di dalam hati aku....
Sejujurnya aku takut... Tapi separuh hati aku gembira dengan apa yang dia buat.. Jadi aku balas kiriman salam itu.. Dan kemudian... Aku di buru rasa takut itu kembali... Hahaaa... Mungkin tak ada yang faham.. Sebab apabila aku ceritakan pada Chips yang kenal aku luar dan dalam... Yang tahu perasaan aku pada My love itu pun tak faham apa yang aku rasa.. Entahlah, mungkin apa yang aku katakan dahulu tidak berkesan di hatinya.. Maka, dia menganggap aku hanya bermain-main? haihh... Aku bukan manusia yang akan buat perasaan itu sebagai mainan...
Akhirnya aku sekadar biarkan sahaja ia bermain di dalam kepala sendiri... Kepada Miss A memang aku tak berniat untuk memberitahu.. Kerana apabila di fikirkan balik... Dia pernah cemburukan hubungan aku dengan My love dahulu... Walaupun hakikatnya dia bukanlah seperti aku.. Jadi aku tak rasa dia perlu tahu... Biarlah perkara ini hanya menjadi rahsia aku di sini..
Secara jujurnya... Aku tertanya-tanya juga.. Apakah yang menyebabkan dia berkirim salam kepada aku? Mungkinkah kerana dia ingin menjaga pandangan kenalan kami itu agar tidak memandang pelik kepada dia apabila nama aku di sebut? Walaupun hakikatnya kenalan kami itu tahu yang aku dengan My love dah berapa lama tak bertegur sapa... Atau sebenarnya dia betul-betul teringatkan aku? Dan masih menganggap aku sebagai sahabatnya walaupun aku selalu menyakiti dia? Andai sahaja dapat aku cari jawapan tu... *sigh*
p/s:: I hope you'll be mine.. Urgh.. Why I'm so greedy? Dammit..

Langgan:
Catatan (Atom)