Sweetness Scar

Sabtu, 6 Disember 2014

Story For Today:: Hidup Sebagai Pelajar

Hello....

Sudah lebih dua minggu aku menjadi budak politeknik hari ni baru mampu nak menulis kat sini.. haihhh... Apabila dah sambung belajaq ni bermacam-macam dugaan yang terpaksa aku hadap.. Terutamanya apabila duduk di asrama yang di kelilingi oleh budak-budak perempuan yang memang tak ada self defence langsung.. Kau bayangkanlah.. Tiap-tiap malam room mates aku tidur pakai baju tali spagetti je.. Huihhhh... Maunya lelaki yang nampak memang terliur duhh... Dan, aku ni macam mana pulak?  haihhhh.... istigfar je dalam hati.. 

Tapi apabila mula mengenali mereka.. Hati aku ni tak adalah pula tercuit dengan perasaan yang bukan-bukan.. Maybe sebab aku dah mula faham mereka itu bagaimana jadi ia sedikit sebanyak telah meneutralkan perasaan gila aku tu... Ke sebenarnya aku masih berharap pada My love? Hidup di politeknik langsung tidak membuatkan aku lupa tentang My love.. Cuma kadangkala aku malas nak pikir sebab penat sangat nak hadam apa yang lecturer ajarkan dalam kelas.. Mana tidaknya.. Course yang aku ambil tu boleh dikatakan penuh dengan mathe.. Dah la mathe tu matapelajaran paling aku low... haihhh... Oh, Tuhan.. Aku mohon kau bukakan pintu hati aku dan mudahkan aku untuk belajar semua subjek yang aku ambil.. Aminn...

Tapi.. Dalam banyak-banyak manusia a.k.a perempuan yang aku jumpa di asrama tu... Ada je yang mampu menarik minat aku.. Kawan kepada room mates aku, namanya Nad.. Aku tatau la nama penuh dia Nadia ke Nadira ke apa... Tapi yang aku tau dia cantik, comel, cute, sedap mata memandang... Hahahaa... Aku kalau terserempak dengan dia kat toilet memang senyum meleret-leret sampai ke telinga.. hahahaa... orang cantik nama pun.. mestilah mampu buatkan orang tergoda terutamanya lelaki dan manusia macam aku ni.. hahhaa... mampu tengok dan senyum aje laaa.. Nak masuk lines nanti kang tak pasal-pasal kecoh satu block asrama tu.. Tak pasal-pasal rahsia aku pecah... haihhh... Tragedi lama aku tanak ulang lagi dah... 

Tapi, walau macam mana pun.. Jauh di sudut hati aku harap aku akan jumpa seseorang yang sama macam aku.. Kemungkinan  untuk jumpa tu mungkin tipis sebab untuk detect a girl yang sukakan girl juga bukannya mudah.. Bukan senang macam nak detect lelaki gay.. Payah sebab perempuan memang ada sifat penyayang jadi dia akan nampak normal kalau dia manja-manja dengan kawan dia.. Kan?  hahahahaa... tapi sebenarnya.. aku harap one day ada yang notice aku dan bagitau aku yang dia suka aku.. woaahhhh... bajet ending macam fairy tale.. Apa yang pasti, classmate aku memang tak ada yang bawak perangai macam tu... Serius.. hahahah... 

p/s::  Ada ke insan yang sama macam aku tercampak dalam politeknik tu? Kalau ada aku nak buat geng... hahahaha

Sabtu, 8 November 2014

Story For Today:: What's Your Problem?

Hello... 

Beberapa hari yang lepas Miss A ada bagitau aku yang dia dah bercouple dengan seorang pelajar Unimap.  Yeah.. Aku happy untuk dia.. Dan, entah kenapa dia tiba-tiba sahaja decided untuk kenalkan aku dengan boyfriend dia tu.. Tanpa perasaan aku katakan tidak.. Dengan nada merajuk seperti selalu dia kata aku tak sudi.. Urgh... Ini bukan kes sudi atau tidak sudi.. Aku tak nampak pun solid reason untuk aku bersua muka dengan boyfriend dia tu.. Haihh.. Aku hanya buat tak endah dengan kata-kata dia.. Biarlah apa pun dia nak fikir..  

Kalau dahulu mungkin aku dengan mudahnya akan bersetuju untuk bertemu dengan lelaki yang kononnya berjaya menarik hati kawan aku tu... Tapi malangnya aku yang sekarang sudah tidak perdulikan apa-apa lagi.. Aku belajar untuk tidak menjadi penyibuk.. Kecualilah jika insan itu adalah My love.. Jika aku tahu dia sudah punya teman mungkin aku akan kecewa... Tapi di sudut lain aku akan cuba cari tahu siapakah orang itu? Siapakah insan yang berjaya menangkap cinta My love yang susah sangat untuk aku gapai tu walaupun hakikatnya aku harap My love jadi milik aku sampai bila-bila.. *sigh*

Dari bercakap tentang boyfriend dia... Kami beralih topik pula kepada adik angkat aku atau lebih tepat sebenarnya anak kenalan mak aku... hahaha... Miss A je yang sangka itu adik angkat itu padahal budak perempuan tu cuma anak kenalan mak aku.. Aku tak cuba pun untuk explain apa-apa.. Entah macam mana, Miss A tiba-tiba cakap yang dia cemburu apabila aku dekat dengan orang lain.. Dia cemburu apabila aku dekat dengan budak perempuan yang dia sangka adik angkat aku tu.. Memang aku rapat dengan dia.. Dan lebih tepat lagi sebenarnya aku pernah berniat untuk jadikan dia sebagai penganti My love suatu ketika dahulu.. 

Tapi niat aku tu mati macam tu sahaja apabila aku mula mengenali dia dengan lebih dekat.. Dia tak mampu menggantikan My love di dalam hati aku.. Sebaliknya sayang aku terhadap My love semakin bercambah.. *sigh*  Berbalik kepada Miss A dan cemburunya terhadap budak perempuan yang dia sangka adik angkat aku tu.. Aku sebenarnya tak suka dan hampir-hampir naik angin apabila dia cakap yang dia jeles apabila aku rapat dengan orang lain.. Apa yang dia fikir aku pun tak tahulah.. Macam tak logik apabila dia- manusia yang straight nak jeles apabila aku dekat dengan perempuan lain.. Dia bukannya girlfriend aku dan lebih tepat.. Dia bukannya gay macam aku pun.. 

Kadang-kadang aku pening sendiri.. Sebab aku tahu ini bukanlah pertama kali berlaku.. Ini bukan kali pertama Miss A cakap dia jeles apabila aku rapat dengan perempuan lain.. Ketika aku dengan My love pun dia pernah cakap macam tu.. Dan pernah buat yang lebih teruk lagi- macam apa yang aku bagitau dalam entry yang lepas-lepas.. Cuma aku malas nak melayan.. Dan sekarang pun aku masih malas nak melayan sebenarnya.. Siapa aku pada dia sampaikan dia nak jeles segala bagai? Dengan siapa aku jatuh hati itu bukan dia yang boleh nak tentukan.. Dia mungkin boleh jadi penghalang antara hubungan aku dengan sesiapa tapi dia tak mampu nak halang perasaan dalam hati aku.. 

Adakalanya aku harap dia sedar apa yang dia dah buat dengan hidup aku sebenarnya.. Sedar yang segala tindakanya meninggalkan parut yang dalam di hati aku.. Luka kehilangan My love itu masih berbaki dan aku hampir-hampir kalah dengan diri sendiri.. Tak kan lah setiap kali aku jatuh hati pada seseorang dan mula rapat dengan insan itu Miss A cuba untuk menghalang kan? Aku pun ingin bahagia dengan orang yang aku sayang.. Aku pun ingin dekat dengan orang yang aku cinta.. Beranganlah sebab masih belum jumpa.. hahaha... Cuma apa yang aku tak faham.. Kenapa dia perlu cemburu?

p/s::  Mungkinkah sebenarnya Miss A tu sukakan perempuan juga? =='

Khamis, 30 Oktober 2014

Story For Today:: Back To School

Hello...

Kembalinya aku ke sekolah hari ini bukanlah bertemankan Miss A tapi sebaliknya Mr. Tuck.. Miss A sudah terlebih dahulu pergi bersama geng lama aku di sekolah dulu.. Mungkin boleh letakan nama dia Sera.. Aku agak terkilan sebenarnya sebab dia tak tunggu aku.. Tapi apabila difikirkan balik.. Biarlah.. Siapa aku pada dia lagipun? Dan kelmarin aku juga yang menyuruhnya pergi terlebih dahulu.. Maka aku memang tidak layak untuk berasa terkilan bukan? hahaha.. Dasyat betul ayat aku.. Skema duh.. 

Ketika kedatangan kami ke sekolah itu orang pertama yang menyambut kami ialah Fid (bukan nama sebenar), kawan baik Mr. Tuck katanya... dan disusuli oleh classmate tingkatan 1 aku dulu dan kawan sekolah rendah Mr. Tuck.. Mr. Tuck memang femes hari ni..Semua kawan yang datang jumpa kami semuanya terdiri dari bunga-bunga.. Kecualilah Fid.. si kumbang yang bunganya tidak mahukan dia lagi.. hahaha.. Dan aku.. Ketika bersembang dengan bunga-bunga yang semakin matang terasa diri ini sungguh kerdil.. Hahaha... Tidak sebenarnya.. Aku banyak hanyut di dalam dunia aku sendiri.. Cuma sesekali sahaja aku bersuara cuba memberitahu kepada mereka bahawa aku wujud di situ..

Apabila bertemu dengan kenalan lama.. Pastinya banyak yang hendak diceritakan.. Seorang kenalan aku tu banyak menyoal dan aku kadang2 kelu untuk menjawab.. Bukan kerana orang yang bertanya itu semakin cantik.. Tapi kerana hati aku sedang bergolak.. Berharap yang si bunga yang aku rindu akan muncul tiba-tiba dan datang peluk aku.. hahahaa... Berangan.. Aku berharap untuk bertemu dengan My love sebenarnya tapi separuh hati aku juga berasa takut kalau dia betul-betul muncul.. Mujur sahaja tidak.. 

Bertemu dengan guru Sejarah aku di waktu tingkatan 4 dahulu.. Aku tahu dia dah lupa nama aku.. Hahaa.. Aku tak adalah pula cuba perkenalkan diri aku kat dia sebab aku rasa aku dengan diri yang dulu tak ada banyak beza pun.. Biarlah kalau cikgu aku yang seorang tu tak ingat.. Nama hanya tinggal nama lagi pun.. hahaha.. Mr. Tuck dan cikgu Sejarah aku tu lebih banyak bercakap.. Aku cuma mencelah sekadar aku suka.. Lebih kepada menganggu sebenarnya.. Mujur sahaja tak kena marah.. hahaha...

Ketika di dalam pejabat.. Urusannya memang mudah.. Allhamdulillah dipermudahkan oleh Allah.. Namun yang menjadi dugaannya apabila aku dan Mr. Tuck melangkah untuk keluar dari kawasan sekolah... Tidak.. Aku tidak terserempak dengan My love.. Bukan dengan dia.. Bukan.. Tapi, adik lelaki dia.. Yang selama ini tahu bertapa aku rapat dengan kakak dia.. Yang mungkin jugak tahu yang sebenarnya akulah punca kakak dia jadi lain macam ketika hujung tingkatan 4 dahulu.. 

Dia tidak berkata apa.. hanya senyuman terkejut yang mengisi bibirnya.. Dengan lagak tidak percaya bahawa orang yang sedang melambaikan tangan kepadanya itu adalah aku.. hahaha.. atau sebenarnya dia tidak menyangka aku masih berani menjejakkan kaki ke tanah jajahan dia dan kakaknya itu? hahaha... Tak berani pun sebenarnya cuma keadaan yang memaksa.. Jika tidak, aku tak mungkin melangkah ke sana lagi.. 

Haihhh.. Walaupun aku hanya terserempak dengan adik dia.. Walaupun tiada bicara yang lahir.. Walau tiada sepalit senyum ikhlas seperti dahulu daripada adik dia.. Ia sebenarnya sedikit sebanyak menarik memori lama itu kembali ke dalam fikiran aku.. Sebab itulah entri ini boleh lahir.. Lebih mudah kalau memori ini boleh dipadam.. Sekurang-kurangnya aku boleh lari daripada kesakitan itu.. 

p/s:: When you hurt someone you love.. It'll make your heart bleed as well..

Isnin, 20 Oktober 2014

I'm Not The Same Person...

Hello.... 

Beberapa hari yang lepas.. Aku ada bermesej dengan Miss A... Kawan baik aku di sekolah dulu.. Yeah.. Dahulu aku masih percaya pada ayat 'kawan baik' tu.. Cuma sekarang.. Selepas tamat sekolah.. Apabila aku sedar sebenarnya tak kira bertapa kau angap orang itu sebagai insan yang kau sayang... Akhirnya mereka akan tinggalkan kau juga.. Mereka akan mengabaikan kau.. Sebab itu aku semakin hari semakin tidak berani untuk melabelkan orang lain sebagai kawan... Heh, I'm so pathetic... 

Nak di jadikan cerita.. Miss A cakap dia rindu aku... Kalau aku ini adalah insan yang sama di waktu sekolah dulu.. Mestilah aku akan cakap yang aku rindu dia juga.. Tapi, malangnya.. Aku yang sekarang ni bukan lagi seperti dulu.. Aku yang sekarang dah tak pandai nak menghargai orang lain.. Aku dah tak tau apa itu perasaan rindu.. Kalau ada yang cakap aku ni dah bertukar jadi manusia yang heartless pun aku tak akan marah.. Sebab aku sendiri pun rasa macam tu.. Heartless dan cold-hearted rasanya.. Apabila ada orang cakap dia rindu aku.. Apa yang mampu aku jawab hanyalah ucapan terima kasih ataupun senyum je.. Sebab aku tak mampu menipu mereka dan mengatakan aku juga merasakan hal yang sama kerana ketika itu apa yang aku rasa hanyalah.... aliran dingin yang mengalir di dalam hati aku dan juga perasaan yang kosong..

Bukan sekadar rindu.. Miss A juga cakap dia kalau boleh sebenarnya nak aku ada dengan dia 24 jam sehari.. Dan kata-kata dia yang satu ini betul-betul buatkan aku dapat nightmare... Aku takut dengan ayat yang satu itu.. Dia buatkan aku rasa macam aku sedang di buru oleh manusia psyko.. Dan di sebabkan itu aku mula takut untuk dekat dengan dia.. 

Dan sebenarnya apa yang lebih aku takutkan adalah apabila aku kembali teringatkan apa yang pernah berlaku antara aku, My love dan Miss A di sekolah dahulu... Ketika aku masih lagi menganggap My love sebagai insan yang paling aku sayang di dalam hati aku.. Miss A pernah buat sesuatu yang buatkan My love menjauhi aku dan merasa bersalah kerana dia berada dekat dengan aku.. Sesuatu yang buatkan aku rasa tertekan dan kemudiannya berharap yang aku tak wujud di antara mereka.. Pening apabila diri sendiri yang menjadi bahan rebutan.. Memandangkan aku ini insan yang tak mampu berkawan dengan ramai manusia dalam pada waktu yang sama..

Apabila sekali lagi aku rasa diri aku di kejar.. Aku akan berlari semakin jauh.. Bukan lagi seperti dahulu.. Aku tak akan biarkan diri aku jatuh ke tangan sesiapa dan biarkan mereka menarik aku mengikut rentak mereka.. Tidak.. Aku telah putuskan untuk terus melangkah dengan kaki sendiri.. Berjalan bersama diri sendiri dan mencorak hidup aku dengan warna yang sendiri walaupun sebenarnya warna itu hanyalah hitam dan putih... Kerana aku bukan insan yang dahulu.. I've born into somebody new.. A cold-hearted person... Sampai ketika nanti aku temui seseorang yang mampu mencairkan hati aku dengan kehangatan hati dia.. Seseorang yang mampu buatkan aku rasa apa itu sayang sekali lagi.... Ah, what a big dreams... 

p/s::  A warmth that melt a cold heart.. I'll find you.. 

Rabu, 24 September 2014

The Wounds Start Bleeding Again...

Hello... 

Beberapa hari ni mood aku berada dalam keadaan yang tak menentu... Semua ni adalah di sebabkan oleh beberapa orang manusia dari zaman sekolah aku yang membuat angkara... Haihhh... Salahkah aku untuk melupakan kenangan lampau? Walaupun hakikatnya aku tahu kenangan itu tidak mampu di hapuskan dari kepala... Dan, kerana kenangan itu aku cuba melarikan diri dari mereka.. Dari kawan-kawan lama aku di sekolah dahulu... Dari kenangan aku dengan My love dan yang lain.. 

Kiriman salam dari My love dulu mungkin membuatkan aku gembira... Sekurang-kurangnya hanya kiriman salam... Tapi, dua hari yang lalu... Miss A ada berikan aku sesuatu.. Yang datangnya dari kawan-kawan yang sebenarnya tak adalah rapat mana dengan aku... Atau boleh dikatakan dari kawan yang dahulu mati-mati membenci aku? Hehh...  Aku lebih rela mereka lupakan aku... Atau buat bodoh dengan kewujudan aku seperti zaman sekolah dulu daripada mereka berpura-pura macam aku ni kawan mereka di dunia dan akhirat... hehhh... 

Nak dikatakan gembira ketika terima hadiah tu memang jauh sekali... Sebaliknya apa yang dalam kepala aku ketika itu adalah niat untuk aku buangkan saja benda yang menyesakkan kepala tu... Atau lebih tepat lagi.. Aku niat nak bakar je benda tu sebenarnya.. hahaha... Yeah... Aku tahu gaya aku macam aku tak hargai benda yang mereka bagi... Blame me.. Tapi, apabila hadiah itu adalah photo album yang di dalamnya penuh dengan gambar kau waktu zaman dulu... Yang akan jadi trigger untuk kau ingat balik kenangan lama yang kau nak lupakan macam benda tu baru berlaku semalam... Apa yang akan kau buat?

Dan, yang lebih menyakitkan apabila aku ternampak gambar My love di dalam album itu... Haihh... Aku mula rasa segala usaha aku beberapa bulan kebelakangan ini menjadi sia-sia... Aku berusaha untuk melupakan senyuman dia.. Melupakan apa sebabnya aku mula menyayangi dia.. Dan akhirnya... Usaha aku musnah kerana gambar-gambar yang berkeping-keping tu... Apabila aku mula untuk menyakinkan diri aku yang aku mampu melepaskan dia.. Melepaskan kenangan lampau.. Atau lebih tepat sebenarnya melupakan perasaan yang wujud... Akhirnya musnah semuanya.. 

Ada sebab kenapa aku tak mahu menyimpan semua gambar tu.. Ya. Mungkin sebab aku tak mahu teringatkan kenangan yang menyakitkan.. Di mana ketika gambar itu di ambil sebenarnya hubungan aku dengan mereka bukanlah sebaik mana.. Aku masih menganggap mereka sebagai stranger selain dari My love dan Miss A ketika itu.. hahaha... Yup... Aku memang pandai berpura-pura.. Tapi tidak juga sebenarnya... Aku manusia yang tak pandai sembunyikan perasaan apabila melibatkan sebuah hubungan persahabatan... I'm a loser.. Serius.. 

Tapi, sebab utamanya aku tak mampu menyimpan gambar-gambar itu adalah kerana aku takut.. Aku takut pada sebuah kenangan... Aku takut pada sebuah harapan... Serius.. Aku dah penat untuk letakkan harapan pada hubuangan persahabatan aku dengan mereka... Kerana aku sedar hubungan antara aku dengan mereka itu telah lama retak.. Atau lebih tepat lagi aku rasakan persahabatan antara aku dengan mereka sebenarnya tak pernah ada... Aku masih pandang mereka sebagai stranger.. Dari dahulu sehingga kini.. Mereka masih stranger di mata aku... Stranger yang pernah duduk di dalam geng yang sama.. hahah... Funny.. Tapi itu kenyataan.. Itu apa yang aku rasa..

p/s::  I really want to forget... That why I keep running... *sigh*

Sabtu, 13 September 2014

Rasa Yang Tersimpan..

Selama ini aku fikir, dia telah melupakan aku untuk selamanya... Tapi rupanya itu sekadar sangkaan bodoh aku sahaja... Beberapa hari yang lalu, My love titipkan salam kepada aku melalui seorang kenalan.. Suatu perkara yang aku sangka tak akan pernah terjadi... Bukan aku tidak suka.. Cukup suka malah menggembirakan... Siapa yang tak suka orang yang kita sayang masih ingatkan kita bukan?  *smile*

Cuma.. di dalam rasa gembira dan bahagia itu... Ada rasa lain yang menjelma... Aku mula berasa takut... Kiriman salam itu jika hendak dilihat memanglah sekadar kiriman salam dari seorang sahabat kepada sahabat lamanya... Tapi apabila orangnya My love dan penerimanya adalah aku... Ada benda lain yang kembali wujud di dalam hati ini dek kerana kiriman salam itu... Ia adalah sebuah harapan... 

Benar.. Selama ini, aku menjauhkan diri dari dia.. Atau lebih tepat lagi aku menolak dia keluar dari hidup aku... Adalah kerana aku takut pada harapan... Kerana harapan itu yang membuatkan aku masih menyayangi dia... Yang membuatkan aku bahagia dengan perasaan yang sebegitu tanpa adanya rasa bersalah... Dan akhirnya... Harapan itu semakin besar di dalam hati aku.... 

Sejujurnya aku takut... Tapi separuh hati aku gembira dengan apa yang dia buat.. Jadi aku balas kiriman salam itu.. Dan kemudian... Aku di buru rasa takut itu kembali... Hahaaa... Mungkin tak ada yang faham.. Sebab apabila aku ceritakan pada Chips yang kenal aku luar dan dalam... Yang tahu perasaan aku pada My love itu pun tak faham apa yang aku rasa.. Entahlah, mungkin apa yang aku katakan dahulu tidak berkesan di hatinya.. Maka, dia menganggap aku hanya bermain-main?  haihh... Aku bukan manusia yang akan buat perasaan itu sebagai mainan... 

Akhirnya aku sekadar biarkan sahaja ia bermain di dalam kepala sendiri... Kepada Miss A memang aku tak berniat untuk memberitahu.. Kerana apabila di fikirkan balik... Dia pernah cemburukan hubungan aku dengan My love dahulu... Walaupun hakikatnya dia bukanlah seperti aku.. Jadi aku tak rasa dia perlu tahu... Biarlah perkara ini hanya menjadi rahsia aku di sini.. 

Secara jujurnya... Aku tertanya-tanya juga.. Apakah yang menyebabkan dia berkirim salam kepada aku? Mungkinkah kerana dia ingin menjaga pandangan kenalan kami itu agar tidak memandang pelik kepada dia apabila nama aku di sebut? Walaupun hakikatnya kenalan kami itu tahu yang aku dengan My love dah berapa lama tak bertegur sapa... Atau sebenarnya dia betul-betul teringatkan aku? Dan masih menganggap aku sebagai sahabatnya walaupun aku selalu menyakiti dia? Andai sahaja dapat aku cari jawapan tu... *sigh*

p/s:: I hope you'll be mine.. Urgh.. Why I'm so greedy? Dammit.. 

Rabu, 27 Ogos 2014

The Pain Lingering In My Veins

Hello... 

Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku semenjak kebelakangan ni.. Lonely? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.. Tapi apa yang aku boleh cakap adalah aku tak sukakan perasaan di dalam hati aku ni.. Tak suka. Sungguh. Kadangkala aku rasa aku semakin cepat terasa hati... Huh.. Entah la kenapa..
Abaikan je laa... Aku bukan nak bercerita tentang perasaan aku yang satu itu.. Tapi aku nak cerita tentang hal lain...  

Minggu lepas... Aku keluar dengan Chips, Mr Tuck dan anak mak ngah aku.. Bersiar-siar atau merempit sebenarnya? hahaha... Tak pasti.. Biarlah apa pun.. Aku bawak anak mak ngah aku tu naik motor ngan aku.. Jadi aku follow lah Chips dengan Mr Tuck tu.. Gahaaa... Follow diorang masuk jalan yang aku tak pernah guna pun selama ni... Dan, ada edegan yang hampir meragut nyawa sebenarnya... Yup.. Aku hampir-hampir di langgar kereta.. Entah la macam mana aku bawak motor time tu.. Tak ingat langsung yang aku bawak anak orang time tu.. Ish, ish...

Hampir terlanggar... Tapi mujur sahaja kereta itu tak langgar motor aku.. Kalau tak... mungkin aku dah tak ada kat sini.. Allah masih panjangkan umur aku.. Allhamdulillah... Apabila kami sampai di destinasi kami- tempat rekreasi yang banyak beruk mengikut kata Mr Tuck.. Aku tak ada la pula nampak beruk waktu tu.. hahaa... Chips cakap dia risau dengan apa yang jadi tadi... Memandangkan dia nampak apa yang hampir terjadi... Katanya dia tak dapat bayangkan kalau benda tu jadi depan mata dia... Pada kawan baik dia sendiri... 

Okay.. Aku sebenarnya nak cakap tentang ayat yang di hujung tu... Kata-kata Chips petang tu.. Aku tahu dia risaukan aku... Kawan dia semenjak dari tingkatan 1 lagi.. Tapi apabila aku dengar dia cakap 'kawan baik'... Ada satu rasa yang menganggu aku sebenarnya... Bukan rasa gembira kerana ada orang risau.. Bukan rasa bahagia kerana ada orang ambil berat... Tapi aku rasa tidak percaya... Ya. Aku tak percayakan perkataan 'kawan baik' yang dia cakapkan tu... Aku tak tahu kenapa... Aku betul kenal Chips.. Betul aku sayang dia macam adik aku.. Dan betul juga aku care sangat-sangat tentang dia... Tapi pada masa yang sama aku doubted apa yang dia kata... 

Entah lah... Mungkin sebenarnya aku fobia dengan term 'kawan baik' tu... Sebab aku tak pasti apa bendanya kawan baik tu sendiri... Baiknya aku di mata dia tu di mana? Dia tahu buruknya perangai aku... Dan aku sebenarnya rasa dia terpaksa tambah ayat 'baik' di belakang 'kawan' tu semata-mata kerana dia takut aku terasa hati... haihhh.. Sungguh lah aku tak tahu apa kena dengan diri aku ni.. I shouldn't doubted her sebab dia kawan aku... Tapi entahlah... Aku betul-betul rasa takut dengan perkatan 'kawan baik' yang dia sebut tu... Urghhh...

p/s::  I want to believe in your words but, I can't...  Gomenasai... 

Selasa, 12 Ogos 2014

Feeling Lonely

Hello... 

Sejak akhir-akhir ni aku asyik terfikirkan tentang zaman sekolah aku dulu.. Zaman di mana aku rasa aku punya kawan-kawan yang banyak walaupun ada di antaranya tak pernah sukakan aku.. hahaha... That how it should be for a rotten kid like me, ey? *dammit*  Tapi sebenarnya, berberapa hari kebelakangan ni... Aku mula faham sesuatu.. Seseorang yang pernah kita anggap kawan tetap juga seorang yang asing bagi kita sebenarnya... Sebab tak semestinya kita akan kenal dia dengan sikap yang sama sampai bila-bila.. Sewaktu aku berhadapan dengan perubahan dalam diri my love dahulu.. Aku selalu cakap manusia berubah mengikut masa.. Dan, ya.. Memang betul rasanya.. Manusia berubah mengikut masa.. 

Sebab aku tiba-tiba menulis entry tentang ini bukanlah kerana My love... Tapi kerana kawan baik aku di sekolah dulu- Miss A.. Aku pernah menyebut nama dia di dalam blog ni rasanya.. Well, yeah.. Kalau nak diikutkan aku memang boleh baca dia dari luar dan dalam.. Tapi semenjak masing-masing dah habis sekolah ni.. Terasa ada dinding tebal di antara kami.. Aku mula takut untuk memahami diri dia yang sekarang.. Mula takut untuk terima perubahan yang ada pada dirinya.. Adakah aku terlalu pentingkan diri sendiri? Entahlah.. Kadang-kala rasanya amat menakutkan apabila orang yang kita kenal luar dan dalam jadi seseorang yang berbeza dan tak sama seperti dulu..

It's hurt so bad...

Beberapa hari yang lepas aku ada menelefon dia.. Bertanya jika dia sudah sihat dari demam.. Sekali nak tanya jika dia ada masa lapang sebab aku ingat nak pergi rumah dia.. Bercakap punya bercakap.. Dia bagitahu aku dia nak pergi interview kerja kilang... Sungguh aku terkejut waktu tu.. Tapi rasa tu aku cuba untuk kawal.. Sedikit terasa hati kerana aku memang tak pernah tau yang dia nak berkerja.. Terasa hati juga apabila sewaktu aku mengajak dia mencari kerja dulu dia kata dia tak nak kerja di hujung-hujung tahun.. Erhh? I really don't understand la... Tapi aku buat bodoo ajelah..

It not because of the jobs... Tapi ini kerana aku terfikirkan kemungkinan yang dia akan dapat kawan-kawan baru... Dan, kawan lama macam aku ni memang dah tak akan ada tempat dalam hidup dia lah kan? I hate when it comes to this.. Sebab aku tak reti nak berlagak selamba apabila melibatkan sebuah persahabatan.. Aku takut kehilangan kawan.. Dan susah berkongsi kawan baik aku dengan kawan lain yang aku tak boleh nak get along.. Kiranya aku ni jenis yang kawan dengan seorang dua kawan pada satu masa sahaja.. Apabila terlalu ramai yang jadi kawan nanti akan jadi complication pada aku.. Well, siapa yang tak akan masam muka bila duduk ramai-ramai pastu dok lawan kutuk kawan sendiri ye dak? Heh, aku bercakap berdasarkan pengalaman.. 
Serius...


Jadi di sini.. Aku tak tau nak buat macam mana lagi.. Adakah aku perlu berlagak seperti it doesn't hurt at all atau aku perlu bawa diri aku yang not belongs with them ni jauh-jauh dari mereka? Sungguh, aku buntu ketika ini.. I'm afraid of being alone.. But, it hurt even more for making them stay when their actually never care...

Jumaat, 8 Ogos 2014

My Current Life:: At The Edge Of Box

Helloo... 




Lately, ramai yang tanya aku samada aku sambung belajar atau tak.. Setiap kali aku bersua muka dengan mereka... Mesti akan keluar soalan-soalan yang macam ni... "Belajaq mana sekarang ni?"  atau "Tak sambung belajaq ka?" dan soalan yang paling aku tak boleh tahan bilamana mereka tanya... "Tak masuk tingkatan 6?"... Kadang-kadang aku rasa macam nak menjerit je bila semua orang suruh aku apply tingkatan 6... Duh.. Buat apa aku apply kalau memang waktu aku di tawarkan tingkatan 6 dulu aku tolak? wahahh.. Aku bukannya pandang tingkatan 6 tu macam benda yang teruk... Tak.. Sama sekali tidak.. Tapi, sebabnya adalah.... Aku nak larikan diri dari kenangan lalu... 

Hailaaa... Sebab mereka semua tak tahu diri aku yang sebenaqnya bagaimanalah aku terseksa dalam hati... Kalau tidak memang dah lama aku cakap kat mereka yang aku sebenarnya melarikan diri dari masa lampau aku sendiri.. Macam mana agaknya aku nak menjejakkan kaki ke sekolah lama aku tu selama 2 tahun lagi sedangkan kat situlah yang banyak kenangan antara aku dan My love suatu ketika dahulu... Dan di situ jugalah permulaan aku terjumpa dengan My love sehingga akhirnya aku mula menyayangi dia seakan-akan dia ditakdirkan untuk menjadi milik aku selamanya... Dan yang lebih menakutkan lagi ialah, My love juga ada di situ... Dia masih berada di sekolah itu dan menjadi pelajar tingkatan 6.. 

Apa yang jadi antara aku dengan dia... Memang sepenuhnya salah aku sendiri.. Aku yang mula menyayangi dia.. Aku yang mula mendekati dia.. Aku yang mula luahkan perasaan aku pada dia.. Dan yang menamatkan persahabatan kami juga adalah aku... Aku jugalah yang menyakitkan hati dia.. Entahlah... Mungkin kerana aku dahulu berfikiran cetek... Atau sebenarnya aku ni jenis yang suka buat sesuatu tanpa berfikir dahulu.. Entah.. Aku tak pasti... Yang aku tahu.. Aku sayangkan dia.. Dan ada ketikanya aku mahu memiliki dia sepenuhnya sehinggakan aku takut dengan diri sendiri... Maka, tanpa sedar aku menyakiti dia.. Dan mula menjauhi dirinya... heh... It sound silly but that really happened between us.. 


I'm bound by memories... 

Haihhh... Watever... Kita berbalik kepada mak cik-pak cik-tok wan-tok nek yang bertanya tentang aku sambung belajaq tadi tu.... Ada juga beberapa kali mereka compare kan aku dengan cucu-cicit dan anak-anak mereka... Heh? What the fucking you're doing lah? Aku tau laaa anak-cucu hangpa semua tu pandai-pandai belaka... Aku ni tak adalah pandai tera mana pun... Tak payahlah nak comparekan aku dengan diorang sedangkan kita berdua pun bukannya ada kaitan.. Setakat aku panggil hang mak cik.. Tak berertinya hang tu betul-betul mak menakan aku... heh... Sampaikan ada juga antara mereka yang nak suruh aku jadi nurse? What the hell man? 

Hailaaa... Sungguhlah nasib... Kadang-kadang tu aku sampai takut nak pergi beraya rumah diorang... Sebab memang dah boleh hafal dah soalan yang akan ditanya.. Jadi, langkah selamat yang aku sediakan adalah... Hafal skema jawapan yang aku dah siapkan awal-awal lagi... "Masih tunggu lagi, mak cik.. Panggilan kedua... Result tak keluar lagi.."  dan dengan senyum plastik tak bergula di tampal penuh paksa dekat muka.. Heh... I hate being hypocrite... Tapi apa pilihan yang aku ada?


It's hurts...

p/s:: It's true you know my name.. but still you don't know my whole story... Try walking in my shoes before you dare to speak... Dammit..

Rabu, 6 Ogos 2014

ShaQ Dan Kek

Hello...
Selamat Hari Raya... haha... gilalah baru ucap sekarang.. *blame me* 

Hari ni nak bercerita pasal kek.. hahahha... Ni semua pasal aku ada baca entry dari Encik Piyotlah ni.. Terliur kot aku tengok kek cheese yang dia buat.. walaweii.. dah la aku tak pandai masak.. Gila kalah lah aku dengan dia.. Wawehhh... Lelaki pulak tu.. Semua benda dia masak memang nampak sedap kut... huhuhuuu... merana jugaklah bila aku tengok hari tu.. Dah lah aku tengah puasa time tu.. Maunya sampai ke buka puasa aku asyik teringat dengan kek je.. Mak aku pun sampai naik pelik dengan aku hari tu... 

Maka dengan bersemangatnya aku mula mencari resepi... Gahahh.. Lapaq kek punya pasai, apa pun cheq redah je.. Buang masa setengah hari.. Semua kek yang ada nampak susah je? Aku ni baru nak mencuba kut... Kalau selama ni aku reti buat puding roti je.. Nak jugaklah try buat kek.. Asyik kakak aku je yang buat.. Gahaahh.. Tak mau kalah sebenaqnya ni.. wewittt... Maka, terjumpalah aku dengan resepi kek gula hangus atau nama yang lebih elok sikit, Kek sarang semut.. *elok ke?* Tengok punya tengok macam senang je.. wahah... 

Maka hari ni, untuk kali pertamanya aku buat kek sendiri.. hahaa, serius lawak.. Dengan buku dan hanphone untuk di buat rujukan resepi.. Entah dari blog siapalah yang aku ambik resepi dia pun aku dah tak ingat.. hahaha... maka terhasillah sebuah kek... 


ni dah berpotong masuk bekas...


abaikan cara aku potong kek tu... hahaha

Walaaaaa.... Nampak macam kek chocolate kan? gahaa... Jangan tetipu.. Kek Gula Hangus tu... Malang sungguh bila aku tak berminat dengan kek ni.. Maka dua bekas kecik tu aku ingat nak bagi kat kawan aku dengan kakak aku yang tengah merana kat tempat kerja dia.. Hahaa.. Tapi kawan aku tu pulak busy hari ni.. Jadi aku tak taulah nak sedekah kat siapa... huh, maybe dapat kat kakak aku lah kot dua-dua bekas ni... hahah...

p/s:: Untuk kawan aku tu nanti aku buatkan puding roti gulung... hahaaa... Insyaallah..  

Sabtu, 28 Jun 2014

For You My Love- Happy Birthday

Hello... 

Hari ni birthday My love... Dan sekarang ni aku tengah berperang dengan diri sendiri... Aku nak ucap happy birthday dekat dia.. Tapi ada sesuatu dalam diri aku yang melarang dan meminta aku untuk tidak buat perkara yang sebegitu... Mungkin sebenarnya aku takut.. Takut kalau-kalau hati ini kembali keliru setelah aku menyakinkan diri aku yang selama ini aku hanyalah obsess tentang dirinya. 

Mangai... Bukan senang sebenarnya untuk menyakinkan hati aku ni.. Sebab jauh di dalam hati aku tahu sebenarnya rasa ini lebih dari itu... Aku tak mampu nak menipu diri sendiri.. Aku sayang dia.. Betul-betul sayang dia.. Dan kadang-kadang memang aku tak mampu untuk melawan perasaan.. Tambah-tambah lagi apabila aku ternampak akaun facebook dia beberapa hari yang lepas.. Susahnya aku nak tahan diri aku dari add dia sebagai friend.. 

Aku rindu.. Betul-betul rindu... Rasanya sangat perit apabila aku nampak comment dia dengan kawan-kawan lain.. Perit sebab kalau dahulu aku akan ada di situ dan bercakap dengan gaya manja macam dia aku yang punya... Gahah.. Damn it.. Payahnya nak buang perasaan ni... 

Memandangkan aku tak boleh nak wish kepada dia secara berdepan-depan.. Sebab kalau berdepan dengan dia aku tak rasa aku mampu kawal diri aku.. Jadi.. hanya di sini... Hanya di blog ini... Walaupun dia tak akan nampak atau pernah jumpa blog aku ni... Duh... Sekurang-kurangnya aku nak wish kepada dia.. My love aku... Yayunk aku... 

Happy Birthday, yayunk.. I love you from the bottom of my heart.. 
Please be happy.. I'm sorry for all the pain I give you before.. 
I love you,my love.. Really, really do love you..

p/s:: setiap hari aku terfikir nak belikan hadiah apa untuk birthday dia kali ni tapi kemudiannya aku tersedar... dia tiada di sisi aku lagi.. dan aku tak mampu untuk bertemu dengan dia lagi.. 

Ahad, 25 Mei 2014

My Current Life- Nothing Important

Hello... 
Lama rasanya aku tak menulis kat sini.. Nak kata busy tu memang tak la.. Cuma aku sebenarnya tak ada apa sangat yang nak ditulis kat sini.. hahaha... yeah, yeah.. What a boring live I have... *pout*

Kelmarin aku pergi ke rumah kawan aku- mungkin boleh gelarkan dia sebagai Miss A dalam entry ni... Tolong dia isi borang rayuan UPU... Memandangkan aku dengan dia punya nasib yang sama- tidak berjaya dalam permohonan UPU.. hahahaa... What a pity.. Setelah lama kami tak berjumpa- memandangkan dia merajuk dengan aku sebab aku paksa dia sambung belajar ke Universiti walaupun dia kata dia nak berkerja tolong mak ayah dia meniaga.. *evil grins*

Nak kata aku okay bila bercakap dengan Miss A ni aku pun tak pasti sebenarnya... hahaa... sebab kadang-kadang aku terfikir yang aku mungkin tak patut ganggu hidup dia lagi dah... Biasalah aku bila kawan aku kind of merajuk dengan aku mulalah aku jadi emo... Bercakap dengan dia mungkin benda biasa... Aku memang berlagak biasa habis sehinggalah aku tersasul menyebut tentang sesuatu- tentang dua orang budak perempuan yang aku jumpa waktu ujian JPJ aku tak lama dulu... 

Memandangkan aku dan Miss A ni kawan dari awal sekolah menengah lagi, dia memang rapat dengan aku.. Dan aku memang pernah bagitahu dia tentang perasaan aku terhadap seorang girl yang aku gelar My love... Cuma apa yang aku nampak dekat Miss A ni dia sebenarnya tak percaya dengan apa yang aku ceritakan pada dia.. Well, itu hak dialah nak percaya atau tidak- memandangkan aku sendiri pun tak percayakan diri aku.... *laugh*

Okay, berbalik kepada dua orang budak perempuan tadi.. Aku katakan kepada Miss A yang sebenarnya budak dua orang tu ada jugalah menarik perhatian aku.. Tambah-tambah seorang budak yang dari Kedah tu... Gaya dia comel sungguh... Kiranya kalau bercakap dengan memang seronoklah.. Ada jugalah gaya dia macam My love aku tu.. Mungkin sebab tulah kut aku macam seronok je duduk dekat dengan dia... hahaa... *miang keladi*

Dan budak lagi seorang tu aku tak adalah kenal sangat pun... Tapi gaya dia yang comel dan manja+++  tu agak membuatkan aku macam nak kenal dia dengan lebih dekat.... hahaa.. yeah, yeah... Sebab manja dia memang sama macam My love aku... *smile*  Aku tahu je sebab aku suka dekat dengan budak dua orang tu sebenarnya sebab aku rindukan My love aku tu... Dan memandangkan dia dengan aku memang tak akan pernah berbaik semula maka aku mencari girl lain yang lebih kurang sama dengan dia... hahaaa...

Pelik sungguh apabila semua benda yang aku buat dan setiap girl yang aku pandang atau lelaki pun yang aku cuba nak dekat... Mesti aku akan comparekan mereka dengan My love aku tu... Dan apabila tak ada persamaan antara mereka aku akan biarkan niat aku mati.. Aku tak tahu kenapa.. Walaupun aku mula berasa seronok berada dekat dengan seseorang yang mungkin sama dengan gaya My love aku,  tetap juga tak akan aku pandang dia sama seperti cara aku pandang My love aku tu..  

Dan apabila Miss A mendengar aku bercerita tentang budak perempuan yang aku jumpa tu.. Muka dia memang terkejut habislah.. dan aku memang rasa nak tergelak sungguh... Aku mungkin cakap aku tertarik dengan dua orang budak perempuan tu... Tapi tertarik hanya kerana ingin mengenali dengan lebih dekat... Kerana untuk jatuh sayang aku mungkin tak akan mampu... Kerana sayang aku sudah pun habis di taburkan kepada My love suatu masa dahulu.... *smile*  

Aku rindu dia *chuckle*

p/s:: Aku dah dapat lesen motor... Thanks God, tak payah pergi dah tempat tu..hahahaa

Jumaat, 11 April 2014

Stupidity:: Ujian QTi

Hello, 
hari yang dinanti-nanti akhirnya datang juga... QTi- mimpi ngeri yang paling menakutkan.. Sungguh, aku cakap.. Ujian aku tadi memang tidak sebaik orang lain.. Aku buat banyak mistake kat dalam ujian tu.. Walaupun aku lulus.. Allhamdulillah.. Tapi sedikit sebanyak.. kesalahan yang aku buat tu sebenarnya menghantui aku.. Urgh, aku betul-betul harap aku dapat vanished from this world lepas je buat ujian tu tadi... hahaha, tapi masalah itu salah aku sendiri... siapa yang suruh aku tak pay attention waktu dalam track tadi? haihh, ShaQ... kau memang teruk la.. 

Fokus? Fokus... Fokus!!

Malu.. Serius malu bila ada ramai yang nampak apa yang dah aku buat tadi tu.. Allah je lah yang tahu macam mana.. Sampaikan aku berjalan pun tertunduk-tunduk pandang lantai je.. Tak mau tengok muka orang dah.. Haihhh, rasa macam nak je timbun diri sendiri dalam tanah.. Sebab malu punya pasal.. Bila aku habis je test tadi memang aku rasa macam aku sebenarnya tak ada harapan nak lulus.. Tapi allhamdulillah.. cikgu tu bagi aku keputusan kesian... haihh..

I've been pitied by others..

I've been pitied by others.. Perkara yang memang aku tak pernah terlintas untk mintak... Tapi aku tetap bersyukur.. Sekurang-kurangnya aku hanya tinggal satu langkah untuk menggengam lesen P tu.. Wahai hati.. sabarlah engkau ye.. Sekejap je lagi, kau dah tak payah lah nak pergi situ lagi... haihh... Dan mulai hari ni rasanya hati aku tak akan tenang sebab nak menunggu panggilan untuk ujian dengan JPJ... haihh, sungguh aku takut.. Macam mana kalau aku buat salah yang sama dalam ujian JPJ nanti? warghh, minta dijauhkan.. Aku nak lulus.. Tak mau terkandas.. Oh, tuhan tolong aku.. 



p/s:: Isyarat tangan kena bagi kemas... Jangan buat silap macam tadi.. Mana ada isyarat berhenti waktu nak perlahankan kenderaan lah, ShaQ.. Urgh, dammit!

Selasa, 8 April 2014

Story For Today:: ShaQ Dan Latihan Motor

Hello, 
Latihan motor aku kali ni agak baik... wahahaa... agak jelah... sebab tak ada kena tegur dengan sesiapa pun tadi.. Allhamdulillah.. eheee... Ke sebenarnya diorang dah malas nak tegur aku? haihhh... Entah... 

Sampai je kat tempat latihan tadi tu memang banyak betul girls yang comel-comel.. hahhaa, dugaan sungguh.. Aku bukan nak ngorat diorang pun, cuma rasa mereka itu comel je... hahhaa... Serius.. Tak salah kan kalau aku puji? hehhh....Tapi sebenarnya aku suka tengok seorang mamat ni.. Gaya dia sopan je... Turun motor pun sopan.. Naik, bawak motor pun sopan.. Tapi aku tak nampak rupa dia sangat sebab dia tutup visor helmet dia tu... hahhaa, tapi aku bajet rupa dia memang baby face gitulah... Gaya dia pun dah macam stok budak-budak kpop je... Mungkin sebab zaman sekarang memang sukakan trend macam tu? hehhh... entahlah... Tapi sungguh, dia memang comel... hehehe....

Aku bukan tengah miang keladi sekarang ni.. Aku pandang budak lelaki tu pun sebab aku memang suka tengok orang comel.. hahhaa... Jangan ingat sebab aku nak ajak dia couple atau apa... Tak pernah terlintas pun.. Sebab dalam kamus hidup aku cuma satu... Yang aku suka tak mestinya aku sayang... Tapi yang aku sayang... memanglah aku suka... wahahahaa.. mudah kan? 

Jadi berbalik kepada latihan motor aku tadi... Cikgu-cikgu kat situ kadang-kadang buatkan aku rasa gerun... Bukan sebab diorang garang... Kalau nak dikata garang... cikgu aku kat sekolah dulu lagilah garang... Tapi, sebab mulut diorang agak bisa... Kalau kena sound kau memang akan terasa dalam.. Kecualilah kalau kau punya hati memang keras + kental tahap dewa... hahaha... Aku pernah kena sound... Minggu lepas.. Memang makan dalam... sebab hati aku tak kental walaupun dia keras..hahaha... Seminggu jugaklah aku rasa down... Mungkin sebab aku ni mudah terasa walaupun kau nampak gaya aku macam tak pernah kisah tentang hal sekeliling... hehhh...  

Jadi.. hari ni terasa macam bahagia sikit sebab diorang dah tak sound aku... Walaupun tadi aku ada dengar-dengar jugaklah ayat perli dari cikgu tu... hahaha...

Aku tak akan cakap apa walaupun kau mengata, 
Sebab aku sentiasa tahu aku memang tak sempurna..

Enough said.




p/s:: Jumaat ni aku ada ujian QTI... damn!



Isnin, 7 April 2014

The Worst Part Of Me

Hello, 
Hari ni, aku ke sekolah lama.. 
Berjumpa dengan teacher aku.. Dia nak bagi hadiah sebab aku dapat keputusan yang baik dalam matapelajaran yang dia ajar.. SPM hari tu.. 
English-matapelajaran kegemaran aku.. hahaha
Kalau diikutkan hati aku sebenarnya aku mati-mati tak mau pergi.. Bukan sebab aku tak mau berjumpa dengan teacher atau apa.. Cuma ada rasa takut yang menghantui diri.. Bukan pada teacher aku, sebab aku memang suka cara dia mengajar... Aku takut pada diri.. Takut pada kenangan yang ada di sekolah itu sebenarnya.. hahaha, yeah.. Aku penakut.. Sungguh.

Tapi, setelah di 'basuh' oleh kawan aku.. Akhirnya aku mengalah juga.. Aku kuatkan hati untuk pergi.. Apabila sampai ke sekolah, aku terserempak dengan geng lama aku dulu.. Nama dia Fae.. Budak yang memang tak pernah boleh nak get along dengan aku.. Sebab aku waktu sekolah dulu jahat.. Mungkin boleh dikata perampas juga.. Tapi tak tahulah kenapa dia boleh jadi geng aku? Mungkin sebab kawan-kawan baik dia semua geng dengan aku jadi dia pun ikut sama kot.. Entah, biarkan dia.. Dan di situ semua benda dah mula masuk balik ke dalam kepala.. Walaupun aku tersenyum, tapi sebenarnya hati aku kacau bilau... hahha

Bertemu dengan teacher aku... Kekalutan dalam hati ni aku cuba kawal.. Teacher aku makin lawa... Mungkin sebab dia stok yang comel-kecik-cantik-molek gitu.. hahaha... Itu bukan point utama aku.. Pertemuan itu, nak dikatakan lancar... Aku memang tak pasti.. Kerana aku masih lagi aku.. Yang memang tak pernah pandai untuk respek orang.. Yang memang selalu bersikap selamba tahap babun tak kira tempat... Yang sebenarnya sentimental dengan diri sendiri.. hahahaa.. pertemuan itu terasa lain.. Mungkin kerana aku tidak bersedia untuk bersemuka... atau mungkin juga kerana aku tidak pandai berbalas kata... Aku banyak diam dan menampal senyum plastik... Sebab aku sentiasa merasa diri ini tidak sempurna untuk berbicara...hhahaa... 

Dan sebenarnya aku bersyukur sangat sebab aku tak jumpa cikgu sains aku.. hahahah, walaupun kawan aku kata dia ada je dalam bilik guru tu.. Mujur Allah tak bagi aku nampak dia.. Sebab selama hidup aku di sekolah tu... Dia adalah mimpi ngeri yang aku harapnya tak pernah wujud.. Mungkin sebab aku adalah aku, maka aku dengan dia tidak sebulu.. hahaha... biarkan.. Mungkin akan ada suatu masa, aku akan melupakan semua kenangan yang menyakitkan itu.. Harapnya begitu.. 

Maaflah kawan, kerana aku menyusahkan..
Maaflah teacher, kerana saya kurang sopan..



p/s:: Esok ada latihan motor.. hahaha, damn! 

Ahad, 6 April 2014

Imagine Dragons- Demons

Hello,
Hari ni nak bercakap pasal lagu Imagine Dragons-Demons. 
Hahah... kalau ada yang baca ni mesti kata aku dah tak betul sebab lagu ni memang ada ayat-ayat yang agak menakutkan untuk di dengar... hahah... But to be honest, this songs quite good lah... Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni lagu ni macam dah jadi my favourite song lah pulak.. hahhaa... Actually, if kita baca dia punya lyric and the meaning of it... Then related to our ownself (macam apa yang aku buat).. Memang akan nampak yang kita ni ada kaitan dengan lagu ni.. hahha... atau mungkin hanya aku yang sebenarnya rasa macam tu?


I wanna hide the truth
I wanna shelter you
But with the beast inside
There’s nowhere we can hide

This rangkap sebenarnya selalu membuatkan aku teringatkan balik tentang dia.. The person I used to love.. Sebab selama ini memang aku cuba untuk protect dia dari manusia-manusia yang ada di sekeliling.. Tapi malangnya aku tak nampak yang sebenarnya diri aku adalah ancaman yang paling besar dalam hidup dia.. There a beast in myself.. Dan apabila aku sedar dengan kenyataan itu, rupanya aku dah terlambat.. The beast in myself already make a move.. Haunted her over and over.. Until one day she's desperately leaving me alone in this coldness world..  

Your eyes, they shine so bright
I wanna save that light
I can't escape this now
Unless you show me how

Rangkap ni sebenarnya lebih kepada menggambarkan apa yang rasakan.. Dari dahulu sehingga sekarang.. Sebab aku sayangkan dia.. Aku tak mahu dia berada di dunia yang gelap seperti aku... Tapi sebenarnya dalam pada waktu yang sama juga aku mengharapkan dia untuk keluarkan aku dari dunia ini.. Yeah. Suatu ketika dahulu.. Aku masih lagi belum kuat untuk melangkah keluar dari dunia itu sendiri dan masih lagi mengharapkan bantuan orang lain.. Tapi kini aku sedang mencuba... Melangkah sedikit demi sedikit dan akhirnya keluar dari dunia yang serba serbi kelam ini...

p/s:: Past will always be past. Even thought you keep bringing it back over and over. Damn!


Selasa, 4 Mac 2014

Terfikir Sejenak

My friend ada bertanya.. apa rasanya apabila umur sudah pun menjangkau 18 tahun.. Serius aku speechless bila dapat soalan macam tu.. Secara jujurlah, aku tak pernah terfikir pun.. Dan lebih tepat lagi.. Aku memang tak terasa apa.. Tapi soalan tu hari ini kembali menerjah ke dalam fikiran aku.. Membuatkan aku pening memikirkan jawapan untuk persoalan itu juga.. Serius.. Aku katakan sahaja aku rasa seperti biasa.. Tapi apabila kembali memikirkan persoalan itu... Ada benda lain pula yang menjengah kepala.. Dan aku masih tidak faham sampai sekarang.. Soalan itu macam terlalu deep... Tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya... Tapi yang aku tahu, rasanya lain... Lain yang lain macam.. 


Dan hari ni aku terbaca sebaris ayat masa tengah mencari quote di google... Serius sentap tahap tak ingat..  


Every breath you take is a step closer towards death..


Aku mula kembali terfikir.. Perihal persoalan kawan aku semalam dengan sepotong ayat yang satu itu... Terasa macam ada connection antara mereka.. Dan rasanya ayat yang satu itu mampu membuatkan senyum aku mati dengan tiba-tiba.. 

Kembali berfikir dan terus berfikir... Antara tersedar dengan rasa tidak mahu menerima.. Aku tersepit di antara kedua-duanya.. Sungguh, kadangkala terasa berat mahu menerima kebenaran yang terbentang luas di hadapan mata.. Mungkin kerana lebih mengagungkan hidup yang hanya sejengkal cuma... Dan aku masih juga tidak pasti di mana aku berdiri.. Di ruang gelap dalam menyangkal kebenaran ataupun di ruang cerah yang menjamin sebuah kehidupan... 




Isnin, 6 Januari 2014

Antara Kehendak Dan Kewajipan

Antara kehendak dan kewajipan... aku berada di tengah-tengah.. Baru tersedar bahawa ianya seakan-akan sebuah persimpangan yang menakutkan bagi aku.. Sungguh.. Memang payah untuk menolak kehendak diri yang sering kali meminta sesuatu yang kita suka sedangkan ia bertentangan dengan apa yang dituntut oleh-Nya- sebuah Kewajipan..

Hari ini aku bertanya kepada diri aku..Sampai bila aku akan terus dipermainkan oleh kehendak diri sendiri sedangkan apa yang dituntut oleh Dia sebenarnya memang jelas di depan mata.. Mungkinkah aku akan biarkan sahaja ia sehingga aku benar-benar tidak melihatnya lagi?  Secara jujurnya aku mula berasa takut... andai suatu ketika aku sudah tidak dapat melihat lagi kenyataan yang ada di hadapan aku, apakah aku akan terus berada dalam permainan kalah-mati dengan kehendak diri sendiri? 

Kehendak yang menjanjikan kesenangan dunia.. Sungguh, aku mudah kalah dengan kehendak diri ini. Andainya ia adalah sebuah permainan kalah-mati.. Pasti aku orangnya yang akan mati kerana mengikut rentak permainan kehendak aku sendiri.. Aku sendiri tidak pasti, antara kehendak dan kewajipan.. Jalan yang mana aku pilih sebenarnya?