Sweetness Scar

Rabu, 5 April 2017

Pertemuan Tanpa Sengaja

Heyya...

Hari tu aku ada jumpa My Love... Kebetulan yang tak disengajakan mungkin.. Nak di jadikan cerita waktu tu cuti hujung minggu.. Dan aku memang balik ke rumah sebab memang setiap kali hari Jumaat je lepas kelas aku terus lari balik.. hahaha... So, petang tu sepupu aku ajak pergi kedai.. Nak cari biskut marie sebab aku suruh dia buatkan kek batik untuk aku... Kempunan doh aku kat asrama.. Nampak kek batik kat kafe tapi aku ni mana nak puas makan sikit... So, kalau beli banyak memang rabak lah poket aku.. Nak buat sendiri pun.. Aku mana pandai masak.. hahaha..  Langkah mudah... Kita suruh sepupu buatkan... boleh makan banyak-banyak.. hahaha... tamak tak bertempat.. ehhh

Maka petang tu aku dengan sepupu aku pergi la kedai.. Aku tak tau macam mana tapi sepupu aku bagitau nama kedai lain aku pulak pergi berhenti dekat depan kedai lain.. Kedai runcit la jugak cuma nama dia lain.. Tongkat je moto sepupu aku tegur suruh aku tengok dalam kereta depan kami.. Aku pelik laaa... tapi aku angkat jugak muka tengok manusia dalam kereta tu... Seminit... Dua minit... Tiga minit... Yeah.. aku mula rasa nak menanggis... Jejak tanah pun aku dah tak terasa.. Hilang punca semua benda..

Aku tak pasti sama ada My Love perasan aku atau tak.. Yelah.. Berapa lama tak jumpa.. Mungkin dia dah buang aku jauh dari memori dia.. Aku tak tegur.. Pura-pura aku tak nampak.. Pura-pura aku tak ingat.. Tapi obviously sepupu aku boleh pulak perasan dengan segala macam ketidakselesaan aku tu.. Dia siap suruh aku buat rileks buat cool... buat bodoh bagai... Ehhh... Entah macam mana dia tau entah aku ada problem dengan budak tu.. Ke aku pernah cerita? Aku tak ingat la pulak..

So... Dengan baiknya sepupu aku ni ajak aku keluar dari kedai dan pergi ke kedai lain.. Otak aku memang dah celaru waktu tu.. Aku ikut je laa... Memang aku tak pandang dah ke arah kereta My Love waktu tu.. Tak mampu.. Dan dah tak tahan rasa sakit tu.. Aku cuba kawal tapi last-last aku tak mampu jugak... Beli je biskut marie terus aku pecut laju moto bawak sepupu aku balik rumah dia.. Hantar dia balik dan aku pecut moto balik rumah aku pulak...

Sakit.... Sakit berdepan dengan masa lampau... Kesakitan yang memaksa aku untuk menghapuskan semua memori yang aku ada dengan dia... Dengan mereka semua... Maka aku sampai je rumah terus aku selongkar almari dan cari album gambar aku dengan dia.. Yang ada gambar aku... gambar dia.. gambar kami... Aku tenung lama... Cuba ucapkan selamat tinggal... Aku tak nak sakit tanggung perasaan.. Aku tak mau lagi derita...

Dan keputusan aku cuma satu... Hapuskan memori tu...

Maka, keesokkannya... Album gambar dengan kepingan-kepingan gambar tu aku humban ke dalam api... Tak ada satu pun aku selamatkan.. Termasuk gambar My Love yang aku sayang sangat-sangat tu... Entah... Sebab pertemuan tu buatkan aku sedar yang aku ni bukan sesiapa... Tapi seorang manusia yang hanya cuba merosak kan bahagia seorang manusia lain.. Maka lagi baik jika aku cuba buang benda tu jauh-jauh... Move on dengan hidup sendiri... Atau mungkin jugak ini salah satu jalan untuk aku larikan diri lagi sekali? *laugh*

Sabtu, 4 Mac 2017

Happy Belated Birthday

Happy Birthday !!!

For me and myself...

hahaha.... Lambat ucap walaupun untuk diri sendiri. *sigh*

Bertapa busy hidup aku sekarang ni.

Menjadi seorang pelajar tak pernah mudah.. Dan sekarang aku sudah berada di tahun akhir pengajian.. Alhamdulillah...

Lepas ni dah bebas.. Dah boleh balik kepada blog yang semakin bersawang setelah sekian lama aku menghilangkan diri.. Hahaha...

Boleh sambung balik novel-novel yang masih lagi pending.. Menunggu masa untuk aku habiskan semua,,,

Dah boleh kembali bergelumang dengan anime-anime yang list untuk tengok dan download sekarang dah panjang berjela...

Serius tak sabar nak tinggal kan hidup zombie aku sekarang ni..haha

Apa-apa pun... Wish me luck...  *pesanan untuk diri sendiri*

p/s :: aku tau tak ada sapa pun kat blog ni.. Cuma aku yang ditemati sarang lelabah dan bunyi cengkerik... hahahaha.... oh well....