Sweetness Scar

Khamis, 14 Mei 2015

Persoalan....

Heyya..... 

Kalau kau sayangkan seseorang... Tapi dalam pada yang sama kau takut juga kalau tiba-tiba sayang kau tu makin dalam... Apa yang akan kau buat? Jauhkan diri atau wujudkan barrier antara kau dengan insan itu? Secara jujurnya aku sangatlah buntu apa yang patut aku buat dengan sayang aku terhadap My love sekarang ni.. Ternyata perasaan aku ni memang pandai sungguh menipu.. Hidup-hidup aku percaya yang sayang aku pada My love kini hanya berbaki sebagai seorang sahabat... 

Tapi hakikatnya agak mengecewakan apabila hati ini berbicara bahawa aku sayang padanya lebih dari itu... Eh, eh.. ni apehal jiwang teruk sangat ni? Sekali lagi aku seakan-akan tidak mampu mengawal rasa hati aku.. Urgh.. Sedikit sahaja lagi aku mungkin akan kehilangan dia untuk kali kedua.. Oh, Tuhan.. Mohon dijauhkan.. Aku cukup bersyukur apabila dia kembali dan membuatkan hati aku berbunga riang berwarna-warni.. Dan sungguh, untuk musnahkan lagi hubungan itu aku memang tidak sanggup.. 

Tapi, apa yang mampu aku buat apabila perasaan sayang ini semakin melimpah terhadap dia..  Aku cuba kawal.. Cuba sungguh-sungguh dan sedaya yang mungkin namun kemudian, hanya sedikit bicara dan kebaikkan dari dia mampu memusnahkan rantai besi yang aku guna untuk mengikat perasaan itu.. Hati aku mudah cair dengan My love.. Terlalu mudah.. Sangat-sangat mudah.. Setiap kata-katanya aku iakan tanpa langsung berfikir panjang.. Apa yang aku fikir hanyalah untuk menggembirakan dia dan melihat dia tersenyum kerana aku.. Oh man.. Apa dah jadi dengan aku sebenarnya? Is this a curse? Magic? *bajet fairytale*  hehhh....

Dan sekali lagi dalam hidup aku diburu oleh perasaan takut.. Aku takut kehilangan dia untuk kali kedua.. Dan kerana itulah setiap kali dia memanggil aku sayang.. Bercerita tentang masa lampau kami meskipun aku sudah lupa keseluruhan cerita... Ada rasa sakit yang menggasak jiwa kecil aku.. Kadangkala aku tertanya-tanya... Apa yang membuatkan dia kembali kepada aku? Apa yang terjadi sehingga hatinya terbuka untuk berbual dengan aku seperti tiada masalah yang berlaku antara kami? Meskipun aku bahagia dengan kehadiran dia namun hati aku tetap tertanya-tanya... haihhh... 

p/s::  Adakah My love mengalami Amnesia sehinggakan dia lupa apa yang pernah aku buat dan katakan ketika kami di sekolah menengah dahulu? haihhh... Tapi, sungguh... Aku bahagia sebab dia dah kembali.. *kyaaa*