Hello...
Beberapa hari yang lepas Miss A ada bagitau aku yang dia dah bercouple dengan seorang pelajar Unimap. Yeah.. Aku happy untuk dia.. Dan, entah kenapa dia tiba-tiba sahaja decided untuk kenalkan aku dengan boyfriend dia tu.. Tanpa perasaan aku katakan tidak.. Dengan nada merajuk seperti selalu dia kata aku tak sudi.. Urgh... Ini bukan kes sudi atau tidak sudi.. Aku tak nampak pun solid reason untuk aku bersua muka dengan boyfriend dia tu.. Haihh.. Aku hanya buat tak endah dengan kata-kata dia.. Biarlah apa pun dia nak fikir..
Kalau dahulu mungkin aku dengan mudahnya akan bersetuju untuk bertemu dengan lelaki yang kononnya berjaya menarik hati kawan aku tu... Tapi malangnya aku yang sekarang sudah tidak perdulikan apa-apa lagi.. Aku belajar untuk tidak menjadi penyibuk.. Kecualilah jika insan itu adalah My love.. Jika aku tahu dia sudah punya teman mungkin aku akan kecewa... Tapi di sudut lain aku akan cuba cari tahu siapakah orang itu? Siapakah insan yang berjaya menangkap cinta My love yang susah sangat untuk aku gapai tu walaupun hakikatnya aku harap My love jadi milik aku sampai bila-bila.. *sigh*
Dari bercakap tentang boyfriend dia... Kami beralih topik pula kepada adik angkat aku atau lebih tepat sebenarnya anak kenalan mak aku... hahaha... Miss A je yang sangka itu adik angkat itu padahal budak perempuan tu cuma anak kenalan mak aku.. Aku tak cuba pun untuk explain apa-apa.. Entah macam mana, Miss A tiba-tiba cakap yang dia cemburu apabila aku dekat dengan orang lain.. Dia cemburu apabila aku dekat dengan budak perempuan yang dia sangka adik angkat aku tu.. Memang aku rapat dengan dia.. Dan lebih tepat lagi sebenarnya aku pernah berniat untuk jadikan dia sebagai penganti My love suatu ketika dahulu..
Tapi niat aku tu mati macam tu sahaja apabila aku mula mengenali dia dengan lebih dekat.. Dia tak mampu menggantikan My love di dalam hati aku.. Sebaliknya sayang aku terhadap My love semakin bercambah.. *sigh* Berbalik kepada Miss A dan cemburunya terhadap budak perempuan yang dia sangka adik angkat aku tu.. Aku sebenarnya tak suka dan hampir-hampir naik angin apabila dia cakap yang dia jeles apabila aku rapat dengan orang lain.. Apa yang dia fikir aku pun tak tahulah.. Macam tak logik apabila dia- manusia yang straight nak jeles apabila aku dekat dengan perempuan lain.. Dia bukannya girlfriend aku dan lebih tepat.. Dia bukannya gay macam aku pun..
Kadang-kadang aku pening sendiri.. Sebab aku tahu ini bukanlah pertama kali berlaku.. Ini bukan kali pertama Miss A cakap dia jeles apabila aku rapat dengan perempuan lain.. Ketika aku dengan My love pun dia pernah cakap macam tu.. Dan pernah buat yang lebih teruk lagi- macam apa yang aku bagitau dalam entry yang lepas-lepas.. Cuma aku malas nak melayan.. Dan sekarang pun aku masih malas nak melayan sebenarnya.. Siapa aku pada dia sampaikan dia nak jeles segala bagai? Dengan siapa aku jatuh hati itu bukan dia yang boleh nak tentukan.. Dia mungkin boleh jadi penghalang antara hubungan aku dengan sesiapa tapi dia tak mampu nak halang perasaan dalam hati aku..
Adakalanya aku harap dia sedar apa yang dia dah buat dengan hidup aku sebenarnya.. Sedar yang segala tindakanya meninggalkan parut yang dalam di hati aku.. Luka kehilangan My love itu masih berbaki dan aku hampir-hampir kalah dengan diri sendiri.. Tak kan lah setiap kali aku jatuh hati pada seseorang dan mula rapat dengan insan itu Miss A cuba untuk menghalang kan? Aku pun ingin bahagia dengan orang yang aku sayang.. Aku pun ingin dekat dengan orang yang aku cinta.. Beranganlah sebab masih belum jumpa.. hahaha... Cuma apa yang aku tak faham.. Kenapa dia perlu cemburu?
p/s:: Mungkinkah sebenarnya Miss A tu sukakan perempuan juga? =='