Sweetness Scar

Isnin, 7 April 2014

The Worst Part Of Me

Hello, 
Hari ni, aku ke sekolah lama.. 
Berjumpa dengan teacher aku.. Dia nak bagi hadiah sebab aku dapat keputusan yang baik dalam matapelajaran yang dia ajar.. SPM hari tu.. 
English-matapelajaran kegemaran aku.. hahaha
Kalau diikutkan hati aku sebenarnya aku mati-mati tak mau pergi.. Bukan sebab aku tak mau berjumpa dengan teacher atau apa.. Cuma ada rasa takut yang menghantui diri.. Bukan pada teacher aku, sebab aku memang suka cara dia mengajar... Aku takut pada diri.. Takut pada kenangan yang ada di sekolah itu sebenarnya.. hahaha, yeah.. Aku penakut.. Sungguh.

Tapi, setelah di 'basuh' oleh kawan aku.. Akhirnya aku mengalah juga.. Aku kuatkan hati untuk pergi.. Apabila sampai ke sekolah, aku terserempak dengan geng lama aku dulu.. Nama dia Fae.. Budak yang memang tak pernah boleh nak get along dengan aku.. Sebab aku waktu sekolah dulu jahat.. Mungkin boleh dikata perampas juga.. Tapi tak tahulah kenapa dia boleh jadi geng aku? Mungkin sebab kawan-kawan baik dia semua geng dengan aku jadi dia pun ikut sama kot.. Entah, biarkan dia.. Dan di situ semua benda dah mula masuk balik ke dalam kepala.. Walaupun aku tersenyum, tapi sebenarnya hati aku kacau bilau... hahha

Bertemu dengan teacher aku... Kekalutan dalam hati ni aku cuba kawal.. Teacher aku makin lawa... Mungkin sebab dia stok yang comel-kecik-cantik-molek gitu.. hahaha... Itu bukan point utama aku.. Pertemuan itu, nak dikatakan lancar... Aku memang tak pasti.. Kerana aku masih lagi aku.. Yang memang tak pernah pandai untuk respek orang.. Yang memang selalu bersikap selamba tahap babun tak kira tempat... Yang sebenarnya sentimental dengan diri sendiri.. hahahaa.. pertemuan itu terasa lain.. Mungkin kerana aku tidak bersedia untuk bersemuka... atau mungkin juga kerana aku tidak pandai berbalas kata... Aku banyak diam dan menampal senyum plastik... Sebab aku sentiasa merasa diri ini tidak sempurna untuk berbicara...hhahaa... 

Dan sebenarnya aku bersyukur sangat sebab aku tak jumpa cikgu sains aku.. hahahah, walaupun kawan aku kata dia ada je dalam bilik guru tu.. Mujur Allah tak bagi aku nampak dia.. Sebab selama hidup aku di sekolah tu... Dia adalah mimpi ngeri yang aku harapnya tak pernah wujud.. Mungkin sebab aku adalah aku, maka aku dengan dia tidak sebulu.. hahaha... biarkan.. Mungkin akan ada suatu masa, aku akan melupakan semua kenangan yang menyakitkan itu.. Harapnya begitu.. 

Maaflah kawan, kerana aku menyusahkan..
Maaflah teacher, kerana saya kurang sopan..



p/s:: Esok ada latihan motor.. hahaha, damn!