Sweetness Scar

Khamis, 19 Februari 2015

Behind The Closed Door..

Heyyooo... 

Hampir-hampir terlibat dalam hubungan sesama jenis untuk kali pertama, mujur sahaja aku cepat-cepat tersedar akan keterlanjuran diri.. sungguhlah diri ini semakin teruk.. walaupun di satu sudut dia ingin kembali ke jalan yang satu tapi tetap juga langkahnya di kaburi oleh jalan yang berliku-liku hingga dia sendiri tidak tahu di mana kakinya sedang berpijak... Haihhh... Aku bercerita macam ini kisah novel padahal ini kisah tentang hidup aku.. Masalah betul... *sigh*

Nak di jadikan cerita.. beberapa hari yang lepas, aku telah membuka akaun facebook baru dengan niat untuk mencari kawan yang sama macam aku jugak (a girl who love another girl)..  Dan, memang aku jumpak pun.. Banyak.. Serius banyak... Dan dalam banyak-banyak tu ada seorang yang aku dekati namanya Xera.. Beza umur dia dengan aku ada laa dalam 3-4 tahun macam tu.. Tak sangka pun sebenarnya.. Aku ingat umur dia sama je dengan aku.. Haihhh... Dan apabila mengenali dia.. Aku dapat tahu dia tu top (aku tak pasti kalau perempuan dengan perempuan dipanggil sebagai apa).. Malang sungguh sebab aku pun top jugak.. Dan dalam pada itu dia ada ajak aku jumpa untuk buat perkara itu.. Atau dalam erti kata lain.. Beromen la kan? Katanya dia ingin jadi yang pertama untuk aku.. Heh.. Dan aku hanya mengikut sahaja rentak dia.. 

Tidak.. Tidak.. Aku bukan pergi berjumpa dengan dia.. Aku tak seberani itu... Untuk keluar dan katakan kepada dunia yang aku menyukai seorang perempuan dan lebih selesa untuk hidup dengan perempuan dan terus melindungi mereka.. Aku belum segila itu dan harapnya tidaklah aku jadi seperti itu.. Biar rahsia itu kekal di dalam diri aku je walaupun kadangkala aku dapat rasa yang roommates aku boleh agak yang aku ni sebenarnya suka perempuan.. Tawaran yang dibuat oleh Xera itu langsung tidak memberi kesan ke hati aku.. Mungkin kerana aku bukan jenis manusia yang mengharapkan perkara itu terjadi? Aku tidak pernah suka pada hubungan yang terjalin berdasarkan tarikan seksual semata-mata.. Aku inginkan dia yang bakal menjadi teman aku itu rasa perasaan sayang yang wujud dalam hati aku untuk dia seperti mana ketika aku bersama My love dahulu... 

Aku dan My love dahulu.. Sayang aku pada dia bukan kerana aku ingin melakukan hubungan yang lebih dalam tapi aku hanya ingin memiliki hatinya.. Dan keinginan aku untuk memiliki hati dia telah membawa aku kepada rasa ingin memiliki dia sepenuhnya.. Dan kerana itulah juga apabila dengan gadis bernama Xera itu aku mula rasa bersalah.. Rasa bersalah kerana aku memberikan dia harapan palsu.. Aku tahu sepatutnya aku berterus-terang kepada dia yang aku sebenarnya bukan insan seperti itu..  I'm not the person who could spread my legs for someone I didn't love.. Yeah.. maybe it's sound like a pure love and yeah...  that how I wish for me and my partner.. if my partner is a girl la.. 


Dan kerana itulah aku sekali lagi melarikan diri dan mematikan niat aku untuk mencari pengganti My love kerana aku sedar dia tidak dapat aku ganti dengan orang lain.. haihhh... It's okay as long as I have Him.. If I'm going to love her until the end of my life.. I wish her happiness will be enough for me to endure my feeling..  semoga aku kuat dengan pertolongan-Nya..  Mohonnya begitu.. Insyaallah.. 

p/s::  Aku tak sangka pulak laaa kebanyakan lessy cari one night stand... Sebab dalam fb tu banyak je yang cari partner untuk beromen... haihhh... 

Ahad, 8 Februari 2015

Hidup....

Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali...  

Sepanjang aku tinggal di asrama, banyak benda yang terjadi.. Rasanya aku makin teruk dari hari ke sehari.. haihh... Dasyat bebenor.. Harapan aku hanya satu... Ingin berubah.. Mahu berubah.. Dan, insyaallah aku akan mengubah diri aku.. Mohon di permudahkan segala urusan.. Insyaallah... 

Aku harap mulai hari ni akan ada benda yang berubah... Walaupun bukan dengan persekitaran.. Biarlah pada diri aku.. Biarlah aku yang mengubah diri kerana aku memang tak mampu nak mengubah keadaan. *sigh*