Hello...
Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku semenjak kebelakangan ni.. Lonely? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.. Tapi apa yang aku boleh cakap adalah aku tak sukakan perasaan di dalam hati aku ni.. Tak suka. Sungguh. Kadangkala aku rasa aku semakin cepat terasa hati... Huh.. Entah la kenapa..
Abaikan je laa... Aku bukan nak bercerita tentang perasaan aku yang satu itu.. Tapi aku nak cerita tentang hal lain...
Minggu lepas... Aku keluar dengan Chips, Mr Tuck dan anak mak ngah aku.. Bersiar-siar atau merempit sebenarnya? hahaha... Tak pasti.. Biarlah apa pun.. Aku bawak anak mak ngah aku tu naik motor ngan aku.. Jadi aku follow lah Chips dengan Mr Tuck tu.. Gahaaa... Follow diorang masuk jalan yang aku tak pernah guna pun selama ni... Dan, ada edegan yang hampir meragut nyawa sebenarnya... Yup.. Aku hampir-hampir di langgar kereta.. Entah la macam mana aku bawak motor time tu.. Tak ingat langsung yang aku bawak anak orang time tu.. Ish, ish...
Hampir terlanggar... Tapi mujur sahaja kereta itu tak langgar motor aku.. Kalau tak... mungkin aku dah tak ada kat sini.. Allah masih panjangkan umur aku.. Allhamdulillah... Apabila kami sampai di destinasi kami- tempat rekreasi yang banyak beruk mengikut kata Mr Tuck.. Aku tak ada la pula nampak beruk waktu tu.. hahaa... Chips cakap dia risau dengan apa yang jadi tadi... Memandangkan dia nampak apa yang hampir terjadi... Katanya dia tak dapat bayangkan kalau benda tu jadi depan mata dia... Pada kawan baik dia sendiri...
Okay.. Aku sebenarnya nak cakap tentang ayat yang di hujung tu... Kata-kata Chips petang tu.. Aku tahu dia risaukan aku... Kawan dia semenjak dari tingkatan 1 lagi.. Tapi apabila aku dengar dia cakap 'kawan baik'... Ada satu rasa yang menganggu aku sebenarnya... Bukan rasa gembira kerana ada orang risau.. Bukan rasa bahagia kerana ada orang ambil berat... Tapi aku rasa tidak percaya... Ya. Aku tak percayakan perkataan 'kawan baik' yang dia cakapkan tu... Aku tak tahu kenapa... Aku betul kenal Chips.. Betul aku sayang dia macam adik aku.. Dan betul juga aku care sangat-sangat tentang dia... Tapi pada masa yang sama aku doubted apa yang dia kata...
Entah lah... Mungkin sebenarnya aku fobia dengan term 'kawan baik' tu... Sebab aku tak pasti apa bendanya kawan baik tu sendiri... Baiknya aku di mata dia tu di mana? Dia tahu buruknya perangai aku... Dan aku sebenarnya rasa dia terpaksa tambah ayat 'baik' di belakang 'kawan' tu semata-mata kerana dia takut aku terasa hati... haihhh.. Sungguh lah aku tak tahu apa kena dengan diri aku ni.. I shouldn't doubted her sebab dia kawan aku... Tapi entahlah... Aku betul-betul rasa takut dengan perkatan 'kawan baik' yang dia sebut tu... Urghhh...
p/s:: I want to believe in your words but, I can't... Gomenasai...