Sweetness Scar

Isnin, 20 Oktober 2014

I'm Not The Same Person...

Hello.... 

Beberapa hari yang lepas.. Aku ada bermesej dengan Miss A... Kawan baik aku di sekolah dulu.. Yeah.. Dahulu aku masih percaya pada ayat 'kawan baik' tu.. Cuma sekarang.. Selepas tamat sekolah.. Apabila aku sedar sebenarnya tak kira bertapa kau angap orang itu sebagai insan yang kau sayang... Akhirnya mereka akan tinggalkan kau juga.. Mereka akan mengabaikan kau.. Sebab itu aku semakin hari semakin tidak berani untuk melabelkan orang lain sebagai kawan... Heh, I'm so pathetic... 

Nak di jadikan cerita.. Miss A cakap dia rindu aku... Kalau aku ini adalah insan yang sama di waktu sekolah dulu.. Mestilah aku akan cakap yang aku rindu dia juga.. Tapi, malangnya.. Aku yang sekarang ni bukan lagi seperti dulu.. Aku yang sekarang dah tak pandai nak menghargai orang lain.. Aku dah tak tau apa itu perasaan rindu.. Kalau ada yang cakap aku ni dah bertukar jadi manusia yang heartless pun aku tak akan marah.. Sebab aku sendiri pun rasa macam tu.. Heartless dan cold-hearted rasanya.. Apabila ada orang cakap dia rindu aku.. Apa yang mampu aku jawab hanyalah ucapan terima kasih ataupun senyum je.. Sebab aku tak mampu menipu mereka dan mengatakan aku juga merasakan hal yang sama kerana ketika itu apa yang aku rasa hanyalah.... aliran dingin yang mengalir di dalam hati aku dan juga perasaan yang kosong..

Bukan sekadar rindu.. Miss A juga cakap dia kalau boleh sebenarnya nak aku ada dengan dia 24 jam sehari.. Dan kata-kata dia yang satu ini betul-betul buatkan aku dapat nightmare... Aku takut dengan ayat yang satu itu.. Dia buatkan aku rasa macam aku sedang di buru oleh manusia psyko.. Dan di sebabkan itu aku mula takut untuk dekat dengan dia.. 

Dan sebenarnya apa yang lebih aku takutkan adalah apabila aku kembali teringatkan apa yang pernah berlaku antara aku, My love dan Miss A di sekolah dahulu... Ketika aku masih lagi menganggap My love sebagai insan yang paling aku sayang di dalam hati aku.. Miss A pernah buat sesuatu yang buatkan My love menjauhi aku dan merasa bersalah kerana dia berada dekat dengan aku.. Sesuatu yang buatkan aku rasa tertekan dan kemudiannya berharap yang aku tak wujud di antara mereka.. Pening apabila diri sendiri yang menjadi bahan rebutan.. Memandangkan aku ini insan yang tak mampu berkawan dengan ramai manusia dalam pada waktu yang sama..

Apabila sekali lagi aku rasa diri aku di kejar.. Aku akan berlari semakin jauh.. Bukan lagi seperti dahulu.. Aku tak akan biarkan diri aku jatuh ke tangan sesiapa dan biarkan mereka menarik aku mengikut rentak mereka.. Tidak.. Aku telah putuskan untuk terus melangkah dengan kaki sendiri.. Berjalan bersama diri sendiri dan mencorak hidup aku dengan warna yang sendiri walaupun sebenarnya warna itu hanyalah hitam dan putih... Kerana aku bukan insan yang dahulu.. I've born into somebody new.. A cold-hearted person... Sampai ketika nanti aku temui seseorang yang mampu mencairkan hati aku dengan kehangatan hati dia.. Seseorang yang mampu buatkan aku rasa apa itu sayang sekali lagi.... Ah, what a big dreams... 

p/s::  A warmth that melt a cold heart.. I'll find you..