Sweetness Scar

Ahad, 25 Mei 2014

My Current Life- Nothing Important

Hello... 
Lama rasanya aku tak menulis kat sini.. Nak kata busy tu memang tak la.. Cuma aku sebenarnya tak ada apa sangat yang nak ditulis kat sini.. hahaha... yeah, yeah.. What a boring live I have... *pout*

Kelmarin aku pergi ke rumah kawan aku- mungkin boleh gelarkan dia sebagai Miss A dalam entry ni... Tolong dia isi borang rayuan UPU... Memandangkan aku dengan dia punya nasib yang sama- tidak berjaya dalam permohonan UPU.. hahahaa... What a pity.. Setelah lama kami tak berjumpa- memandangkan dia merajuk dengan aku sebab aku paksa dia sambung belajar ke Universiti walaupun dia kata dia nak berkerja tolong mak ayah dia meniaga.. *evil grins*

Nak kata aku okay bila bercakap dengan Miss A ni aku pun tak pasti sebenarnya... hahaa... sebab kadang-kadang aku terfikir yang aku mungkin tak patut ganggu hidup dia lagi dah... Biasalah aku bila kawan aku kind of merajuk dengan aku mulalah aku jadi emo... Bercakap dengan dia mungkin benda biasa... Aku memang berlagak biasa habis sehinggalah aku tersasul menyebut tentang sesuatu- tentang dua orang budak perempuan yang aku jumpa waktu ujian JPJ aku tak lama dulu... 

Memandangkan aku dan Miss A ni kawan dari awal sekolah menengah lagi, dia memang rapat dengan aku.. Dan aku memang pernah bagitahu dia tentang perasaan aku terhadap seorang girl yang aku gelar My love... Cuma apa yang aku nampak dekat Miss A ni dia sebenarnya tak percaya dengan apa yang aku ceritakan pada dia.. Well, itu hak dialah nak percaya atau tidak- memandangkan aku sendiri pun tak percayakan diri aku.... *laugh*

Okay, berbalik kepada dua orang budak perempuan tadi.. Aku katakan kepada Miss A yang sebenarnya budak dua orang tu ada jugalah menarik perhatian aku.. Tambah-tambah seorang budak yang dari Kedah tu... Gaya dia comel sungguh... Kiranya kalau bercakap dengan memang seronoklah.. Ada jugalah gaya dia macam My love aku tu.. Mungkin sebab tulah kut aku macam seronok je duduk dekat dengan dia... hahaa... *miang keladi*

Dan budak lagi seorang tu aku tak adalah kenal sangat pun... Tapi gaya dia yang comel dan manja+++  tu agak membuatkan aku macam nak kenal dia dengan lebih dekat.... hahaa.. yeah, yeah... Sebab manja dia memang sama macam My love aku... *smile*  Aku tahu je sebab aku suka dekat dengan budak dua orang tu sebenarnya sebab aku rindukan My love aku tu... Dan memandangkan dia dengan aku memang tak akan pernah berbaik semula maka aku mencari girl lain yang lebih kurang sama dengan dia... hahaaa...

Pelik sungguh apabila semua benda yang aku buat dan setiap girl yang aku pandang atau lelaki pun yang aku cuba nak dekat... Mesti aku akan comparekan mereka dengan My love aku tu... Dan apabila tak ada persamaan antara mereka aku akan biarkan niat aku mati.. Aku tak tahu kenapa.. Walaupun aku mula berasa seronok berada dekat dengan seseorang yang mungkin sama dengan gaya My love aku,  tetap juga tak akan aku pandang dia sama seperti cara aku pandang My love aku tu..  

Dan apabila Miss A mendengar aku bercerita tentang budak perempuan yang aku jumpa tu.. Muka dia memang terkejut habislah.. dan aku memang rasa nak tergelak sungguh... Aku mungkin cakap aku tertarik dengan dua orang budak perempuan tu... Tapi tertarik hanya kerana ingin mengenali dengan lebih dekat... Kerana untuk jatuh sayang aku mungkin tak akan mampu... Kerana sayang aku sudah pun habis di taburkan kepada My love suatu masa dahulu.... *smile*  

Aku rindu dia *chuckle*

p/s:: Aku dah dapat lesen motor... Thanks God, tak payah pergi dah tempat tu..hahahaa