Hello...
Kembalinya aku ke sekolah hari ini bukanlah bertemankan Miss A tapi sebaliknya Mr. Tuck.. Miss A sudah terlebih dahulu pergi bersama geng lama aku di sekolah dulu.. Mungkin boleh letakan nama dia Sera.. Aku agak terkilan sebenarnya sebab dia tak tunggu aku.. Tapi apabila difikirkan balik.. Biarlah.. Siapa aku pada dia lagipun? Dan kelmarin aku juga yang menyuruhnya pergi terlebih dahulu.. Maka aku memang tidak layak untuk berasa terkilan bukan? hahaha.. Dasyat betul ayat aku.. Skema duh..
Ketika kedatangan kami ke sekolah itu orang pertama yang menyambut kami ialah Fid (bukan nama sebenar), kawan baik Mr. Tuck katanya... dan disusuli oleh classmate tingkatan 1 aku dulu dan kawan sekolah rendah Mr. Tuck.. Mr. Tuck memang femes hari ni..Semua kawan yang datang jumpa kami semuanya terdiri dari bunga-bunga.. Kecualilah Fid.. si kumbang yang bunganya tidak mahukan dia lagi.. hahaha.. Dan aku.. Ketika bersembang dengan bunga-bunga yang semakin matang terasa diri ini sungguh kerdil.. Hahaha... Tidak sebenarnya.. Aku banyak hanyut di dalam dunia aku sendiri.. Cuma sesekali sahaja aku bersuara cuba memberitahu kepada mereka bahawa aku wujud di situ..
Apabila bertemu dengan kenalan lama.. Pastinya banyak yang hendak diceritakan.. Seorang kenalan aku tu banyak menyoal dan aku kadang2 kelu untuk menjawab.. Bukan kerana orang yang bertanya itu semakin cantik.. Tapi kerana hati aku sedang bergolak.. Berharap yang si bunga yang aku rindu akan muncul tiba-tiba dan datang peluk aku.. hahahaa... Berangan.. Aku berharap untuk bertemu dengan My love sebenarnya tapi separuh hati aku juga berasa takut kalau dia betul-betul muncul.. Mujur sahaja tidak..
Bertemu dengan guru Sejarah aku di waktu tingkatan 4 dahulu.. Aku tahu dia dah lupa nama aku.. Hahaa.. Aku tak adalah pula cuba perkenalkan diri aku kat dia sebab aku rasa aku dengan diri yang dulu tak ada banyak beza pun.. Biarlah kalau cikgu aku yang seorang tu tak ingat.. Nama hanya tinggal nama lagi pun.. hahaha.. Mr. Tuck dan cikgu Sejarah aku tu lebih banyak bercakap.. Aku cuma mencelah sekadar aku suka.. Lebih kepada menganggu sebenarnya.. Mujur sahaja tak kena marah.. hahaha...
Ketika di dalam pejabat.. Urusannya memang mudah.. Allhamdulillah dipermudahkan oleh Allah.. Namun yang menjadi dugaannya apabila aku dan Mr. Tuck melangkah untuk keluar dari kawasan sekolah... Tidak.. Aku tidak terserempak dengan My love.. Bukan dengan dia.. Bukan.. Tapi, adik lelaki dia.. Yang selama ini tahu bertapa aku rapat dengan kakak dia.. Yang mungkin jugak tahu yang sebenarnya akulah punca kakak dia jadi lain macam ketika hujung tingkatan 4 dahulu..
Dia tidak berkata apa.. hanya senyuman terkejut yang mengisi bibirnya.. Dengan lagak tidak percaya bahawa orang yang sedang melambaikan tangan kepadanya itu adalah aku.. hahaha.. atau sebenarnya dia tidak menyangka aku masih berani menjejakkan kaki ke tanah jajahan dia dan kakaknya itu? hahaha... Tak berani pun sebenarnya cuma keadaan yang memaksa.. Jika tidak, aku tak mungkin melangkah ke sana lagi..
Haihhh.. Walaupun aku hanya terserempak dengan adik dia.. Walaupun tiada bicara yang lahir.. Walau tiada sepalit senyum ikhlas seperti dahulu daripada adik dia.. Ia sebenarnya sedikit sebanyak menarik memori lama itu kembali ke dalam fikiran aku.. Sebab itulah entri ini boleh lahir.. Lebih mudah kalau memori ini boleh dipadam.. Sekurang-kurangnya aku boleh lari daripada kesakitan itu..
p/s:: When you hurt someone you love.. It'll make your heart bleed as well..