Sweetness Scar

Selasa, 4 Mac 2014

Terfikir Sejenak

My friend ada bertanya.. apa rasanya apabila umur sudah pun menjangkau 18 tahun.. Serius aku speechless bila dapat soalan macam tu.. Secara jujurlah, aku tak pernah terfikir pun.. Dan lebih tepat lagi.. Aku memang tak terasa apa.. Tapi soalan tu hari ini kembali menerjah ke dalam fikiran aku.. Membuatkan aku pening memikirkan jawapan untuk persoalan itu juga.. Serius.. Aku katakan sahaja aku rasa seperti biasa.. Tapi apabila kembali memikirkan persoalan itu... Ada benda lain pula yang menjengah kepala.. Dan aku masih tidak faham sampai sekarang.. Soalan itu macam terlalu deep... Tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya... Tapi yang aku tahu, rasanya lain... Lain yang lain macam.. 


Dan hari ni aku terbaca sebaris ayat masa tengah mencari quote di google... Serius sentap tahap tak ingat..  


Every breath you take is a step closer towards death..


Aku mula kembali terfikir.. Perihal persoalan kawan aku semalam dengan sepotong ayat yang satu itu... Terasa macam ada connection antara mereka.. Dan rasanya ayat yang satu itu mampu membuatkan senyum aku mati dengan tiba-tiba.. 

Kembali berfikir dan terus berfikir... Antara tersedar dengan rasa tidak mahu menerima.. Aku tersepit di antara kedua-duanya.. Sungguh, kadangkala terasa berat mahu menerima kebenaran yang terbentang luas di hadapan mata.. Mungkin kerana lebih mengagungkan hidup yang hanya sejengkal cuma... Dan aku masih juga tidak pasti di mana aku berdiri.. Di ruang gelap dalam menyangkal kebenaran ataupun di ruang cerah yang menjamin sebuah kehidupan... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan