Sejak akhir-akhir ni aku asyik terfikirkan tentang zaman sekolah aku dulu.. Zaman di mana aku rasa aku punya kawan-kawan yang banyak walaupun ada di antaranya tak pernah sukakan aku.. hahaha... That how it should be for a rotten kid like me, ey? *dammit* Tapi sebenarnya, berberapa hari kebelakangan ni... Aku mula faham sesuatu.. Seseorang yang pernah kita anggap kawan tetap juga seorang yang asing bagi kita sebenarnya... Sebab tak semestinya kita akan kenal dia dengan sikap yang sama sampai bila-bila.. Sewaktu aku berhadapan dengan perubahan dalam diri my love dahulu.. Aku selalu cakap manusia berubah mengikut masa.. Dan, ya.. Memang betul rasanya.. Manusia berubah mengikut masa..
Sebab aku tiba-tiba menulis entry tentang ini bukanlah kerana My love... Tapi kerana kawan baik aku di sekolah dulu- Miss A.. Aku pernah menyebut nama dia di dalam blog ni rasanya.. Well, yeah.. Kalau nak diikutkan aku memang boleh baca dia dari luar dan dalam.. Tapi semenjak masing-masing dah habis sekolah ni.. Terasa ada dinding tebal di antara kami.. Aku mula takut untuk memahami diri dia yang sekarang.. Mula takut untuk terima perubahan yang ada pada dirinya.. Adakah aku terlalu pentingkan diri sendiri? Entahlah.. Kadang-kala rasanya amat menakutkan apabila orang yang kita kenal luar dan dalam jadi seseorang yang berbeza dan tak sama seperti dulu..
It's hurt so bad...
It not because of the jobs... Tapi ini kerana aku terfikirkan kemungkinan yang dia akan dapat kawan-kawan baru... Dan, kawan lama macam aku ni memang dah tak akan ada tempat dalam hidup dia lah kan? I hate when it comes to this.. Sebab aku tak reti nak berlagak selamba apabila melibatkan sebuah persahabatan.. Aku takut kehilangan kawan.. Dan susah berkongsi kawan baik aku dengan kawan lain yang aku tak boleh nak get along.. Kiranya aku ni jenis yang kawan dengan seorang dua kawan pada satu masa sahaja.. Apabila terlalu ramai yang jadi kawan nanti akan jadi complication pada aku.. Well, siapa yang tak akan masam muka bila duduk ramai-ramai pastu dok lawan kutuk kawan sendiri ye dak? Heh, aku bercakap berdasarkan pengalaman..
Serius...
Jadi di sini.. Aku tak tau nak buat macam mana lagi.. Adakah aku perlu berlagak seperti it doesn't hurt at all atau aku perlu bawa diri aku yang not belongs with them ni jauh-jauh dari mereka? Sungguh, aku buntu ketika ini.. I'm afraid of being alone.. But, it hurt even more for making them stay when their actually never care...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan