Sweetness Scar

Sabtu, 6 Disember 2014

Story For Today:: Hidup Sebagai Pelajar

Hello....

Sudah lebih dua minggu aku menjadi budak politeknik hari ni baru mampu nak menulis kat sini.. haihhh... Apabila dah sambung belajaq ni bermacam-macam dugaan yang terpaksa aku hadap.. Terutamanya apabila duduk di asrama yang di kelilingi oleh budak-budak perempuan yang memang tak ada self defence langsung.. Kau bayangkanlah.. Tiap-tiap malam room mates aku tidur pakai baju tali spagetti je.. Huihhhh... Maunya lelaki yang nampak memang terliur duhh... Dan, aku ni macam mana pulak?  haihhhh.... istigfar je dalam hati.. 

Tapi apabila mula mengenali mereka.. Hati aku ni tak adalah pula tercuit dengan perasaan yang bukan-bukan.. Maybe sebab aku dah mula faham mereka itu bagaimana jadi ia sedikit sebanyak telah meneutralkan perasaan gila aku tu... Ke sebenarnya aku masih berharap pada My love? Hidup di politeknik langsung tidak membuatkan aku lupa tentang My love.. Cuma kadangkala aku malas nak pikir sebab penat sangat nak hadam apa yang lecturer ajarkan dalam kelas.. Mana tidaknya.. Course yang aku ambil tu boleh dikatakan penuh dengan mathe.. Dah la mathe tu matapelajaran paling aku low... haihhh... Oh, Tuhan.. Aku mohon kau bukakan pintu hati aku dan mudahkan aku untuk belajar semua subjek yang aku ambil.. Aminn...

Tapi.. Dalam banyak-banyak manusia a.k.a perempuan yang aku jumpa di asrama tu... Ada je yang mampu menarik minat aku.. Kawan kepada room mates aku, namanya Nad.. Aku tatau la nama penuh dia Nadia ke Nadira ke apa... Tapi yang aku tau dia cantik, comel, cute, sedap mata memandang... Hahahaa... Aku kalau terserempak dengan dia kat toilet memang senyum meleret-leret sampai ke telinga.. hahahaa... orang cantik nama pun.. mestilah mampu buatkan orang tergoda terutamanya lelaki dan manusia macam aku ni.. hahhaa... mampu tengok dan senyum aje laaa.. Nak masuk lines nanti kang tak pasal-pasal kecoh satu block asrama tu.. Tak pasal-pasal rahsia aku pecah... haihhh... Tragedi lama aku tanak ulang lagi dah... 

Tapi, walau macam mana pun.. Jauh di sudut hati aku harap aku akan jumpa seseorang yang sama macam aku.. Kemungkinan  untuk jumpa tu mungkin tipis sebab untuk detect a girl yang sukakan girl juga bukannya mudah.. Bukan senang macam nak detect lelaki gay.. Payah sebab perempuan memang ada sifat penyayang jadi dia akan nampak normal kalau dia manja-manja dengan kawan dia.. Kan?  hahahahaa... tapi sebenarnya.. aku harap one day ada yang notice aku dan bagitau aku yang dia suka aku.. woaahhhh... bajet ending macam fairy tale.. Apa yang pasti, classmate aku memang tak ada yang bawak perangai macam tu... Serius.. hahahah... 

p/s::  Ada ke insan yang sama macam aku tercampak dalam politeknik tu? Kalau ada aku nak buat geng... hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan