Sweetness Scar

Selasa, 19 Mei 2015

Impian...

Heyya.... 

Beberapa hari yang lalu.. My love ada bercakap tentang impiannya kepada Mr.Tuck di group wechat yang dihasilkan oleh Miss A.. Group yang menumpukan kami berlima di situ.. Aku, My love, Miss A, Chips dan Mr.Tuck.. Berkongsi pelbagai benda.. Dari yang remeh sehingga ke serius langsung.. Kata My love kepada Mr.Tuck, dia ingin mengambil anak angkat dari luar negara apabila dia sudah berkejaya nanti.. Hidup bersama anaknya dan punyai seorang maid di rumah.. Dia tidak mahu berkeluarga.. Tidak mahu berkahwin.. Aku ketika itu tidak menyampuk kerana sedang diulit mimpi.. Miss A dan Chips juga tiada ketika itu.. 

Keesokkannya aku membaca.. Dengan senyum dan rasa sakit yang berbaur.. Bukan sakit kerana cemburu terhadap Mr.Tuck yang menemani bicara My love malam itu.. Tidak sama sekali.. Tapi sakitnya hati aku apabila tiba-tiba muncul satu impian di dalam hati aku ini untuk menjaga My love dan anak angkatnya itu.. hahaha... Aku tak tahu bagaimana tapi semua itu tiba-tiba sahaja datang menyerang.. Kepala aku mula berangan-angan.. Aku menjaga setiap makan minum, pakaian dan kerja-kerja di rumah dia.. Hidup sebagai satu keluarga bahagia.. Menjaga dia dan melihat anaknya membesar.. Alangkah indahnya... Dan kemudian, muncul pula adegan aku dengan anaknya nanti di dalam kepala aku.. 

baby( serius tatau nak letak nama apa) : Aunty dengan mama ni adik beradik ke?  *dia tanya dengan muka kelam tak paham*

Aku: Tak, sayang.. Kitorang kawan baik.. 

baby:  Kalau baby ada kawan baik nanti, baby kena buat macam ni jugak ke? *innocent dia bertanya.*

Aku: *geleng*  Tak.. Aunty buat ni semua sebab aunty sayangkan mama..

baby: Kalau sayang kenapa tak kahwin je?

Aku:  *sengih*  Aunty perempuan sayang... Mana boleh kahwin dengan mama.. 

baby:  kenapa tak boleh? aunty kan sayang mama?

Aku:  Perkahwinan sesama jantina dilarang dalam agama kita sayang.. Mana boleh kita langgar hukum Allah..

baby: Jadi, apa hubungan aunty dengan mama dan baby?

Aku: *senyum*  kita keluarga..

Dan sebenarnya aku terfikir juga apabila keadaan ini betul-betul terjadi... Apabila anak itu disuruh oleh cikgu di sekolah bercerita tentang keluarganya di dalam sebuah karangan... Apa yang terbayang dalam fikiran aku ketika ini mungkin dia akan tulis.. 

"Saya mempunyai seorang mama yang sangat penyayang.. Dan saya juga mempunyai seorang aunty yang sudah dianggap sebagai bapa.. Aunty dan mama menjaga saya semenjak kecil dengan penuh kasih sayang.. Aunty sering menjaga makan minum saya dan mama..  Hidup kami bertiga sebagai sebuah keluarga membuatkan saya merasa bahagia.. Saya tak tahu di mana papa dan mama saya yang sebenarnya.. Tapi kehadiran mama dan aunty sedikit sebanyak mengubat rasa kosong dalam diri saya.. Sesungguhnya saya sangat beruntung berada di dalam keluarga ini.. Saya sayang sangat-sangat pada mama dan aunty." 

Dan... aku terasa seperti hendak menanggis ketika ini.. Seorang anak yang tak faham apa-apa tentang hidup manusia seperti aku.. Dia tidak mungkin faham tentang sayang aku pada mamanya nanti.. Tapi bagaimana apabila suatu ketika nanti... disebabkan oleh aku dia dikeji oleh insan sekeliling? haihhh... Mungkin aku patut lipat kembali impian ini jauh ke dasar kotak angan-angan... Cukuplah tu.. Aku tak sanggup nak hancurkan hidup seorang anak kecil yang tak bersalah.. 

p/s::  My love pernah meminta aku menjadi maidnya suatu saat dahulu.. Mungkin disebabkan oleh permintaan itu angan-angan aku mula menggila? haihhhh... Dan, semalam... dia cakap dia sayang aku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan