Sweetness Scar

Rabu, 24 September 2014

The Wounds Start Bleeding Again...

Hello... 

Beberapa hari ni mood aku berada dalam keadaan yang tak menentu... Semua ni adalah di sebabkan oleh beberapa orang manusia dari zaman sekolah aku yang membuat angkara... Haihhh... Salahkah aku untuk melupakan kenangan lampau? Walaupun hakikatnya aku tahu kenangan itu tidak mampu di hapuskan dari kepala... Dan, kerana kenangan itu aku cuba melarikan diri dari mereka.. Dari kawan-kawan lama aku di sekolah dahulu... Dari kenangan aku dengan My love dan yang lain.. 

Kiriman salam dari My love dulu mungkin membuatkan aku gembira... Sekurang-kurangnya hanya kiriman salam... Tapi, dua hari yang lalu... Miss A ada berikan aku sesuatu.. Yang datangnya dari kawan-kawan yang sebenarnya tak adalah rapat mana dengan aku... Atau boleh dikatakan dari kawan yang dahulu mati-mati membenci aku? Hehh...  Aku lebih rela mereka lupakan aku... Atau buat bodoh dengan kewujudan aku seperti zaman sekolah dulu daripada mereka berpura-pura macam aku ni kawan mereka di dunia dan akhirat... hehhh... 

Nak dikatakan gembira ketika terima hadiah tu memang jauh sekali... Sebaliknya apa yang dalam kepala aku ketika itu adalah niat untuk aku buangkan saja benda yang menyesakkan kepala tu... Atau lebih tepat lagi.. Aku niat nak bakar je benda tu sebenarnya.. hahaha... Yeah... Aku tahu gaya aku macam aku tak hargai benda yang mereka bagi... Blame me.. Tapi, apabila hadiah itu adalah photo album yang di dalamnya penuh dengan gambar kau waktu zaman dulu... Yang akan jadi trigger untuk kau ingat balik kenangan lama yang kau nak lupakan macam benda tu baru berlaku semalam... Apa yang akan kau buat?

Dan, yang lebih menyakitkan apabila aku ternampak gambar My love di dalam album itu... Haihh... Aku mula rasa segala usaha aku beberapa bulan kebelakangan ini menjadi sia-sia... Aku berusaha untuk melupakan senyuman dia.. Melupakan apa sebabnya aku mula menyayangi dia.. Dan akhirnya... Usaha aku musnah kerana gambar-gambar yang berkeping-keping tu... Apabila aku mula untuk menyakinkan diri aku yang aku mampu melepaskan dia.. Melepaskan kenangan lampau.. Atau lebih tepat sebenarnya melupakan perasaan yang wujud... Akhirnya musnah semuanya.. 

Ada sebab kenapa aku tak mahu menyimpan semua gambar tu.. Ya. Mungkin sebab aku tak mahu teringatkan kenangan yang menyakitkan.. Di mana ketika gambar itu di ambil sebenarnya hubungan aku dengan mereka bukanlah sebaik mana.. Aku masih menganggap mereka sebagai stranger selain dari My love dan Miss A ketika itu.. hahaha... Yup... Aku memang pandai berpura-pura.. Tapi tidak juga sebenarnya... Aku manusia yang tak pandai sembunyikan perasaan apabila melibatkan sebuah hubungan persahabatan... I'm a loser.. Serius.. 

Tapi, sebab utamanya aku tak mampu menyimpan gambar-gambar itu adalah kerana aku takut.. Aku takut pada sebuah kenangan... Aku takut pada sebuah harapan... Serius.. Aku dah penat untuk letakkan harapan pada hubuangan persahabatan aku dengan mereka... Kerana aku sedar hubungan antara aku dengan mereka itu telah lama retak.. Atau lebih tepat lagi aku rasakan persahabatan antara aku dengan mereka sebenarnya tak pernah ada... Aku masih pandang mereka sebagai stranger.. Dari dahulu sehingga kini.. Mereka masih stranger di mata aku... Stranger yang pernah duduk di dalam geng yang sama.. hahah... Funny.. Tapi itu kenyataan.. Itu apa yang aku rasa..

p/s::  I really want to forget... That why I keep running... *sigh*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan