Sweetness Scar

Sabtu, 13 September 2014

Rasa Yang Tersimpan..

Selama ini aku fikir, dia telah melupakan aku untuk selamanya... Tapi rupanya itu sekadar sangkaan bodoh aku sahaja... Beberapa hari yang lalu, My love titipkan salam kepada aku melalui seorang kenalan.. Suatu perkara yang aku sangka tak akan pernah terjadi... Bukan aku tidak suka.. Cukup suka malah menggembirakan... Siapa yang tak suka orang yang kita sayang masih ingatkan kita bukan?  *smile*

Cuma.. di dalam rasa gembira dan bahagia itu... Ada rasa lain yang menjelma... Aku mula berasa takut... Kiriman salam itu jika hendak dilihat memanglah sekadar kiriman salam dari seorang sahabat kepada sahabat lamanya... Tapi apabila orangnya My love dan penerimanya adalah aku... Ada benda lain yang kembali wujud di dalam hati ini dek kerana kiriman salam itu... Ia adalah sebuah harapan... 

Benar.. Selama ini, aku menjauhkan diri dari dia.. Atau lebih tepat lagi aku menolak dia keluar dari hidup aku... Adalah kerana aku takut pada harapan... Kerana harapan itu yang membuatkan aku masih menyayangi dia... Yang membuatkan aku bahagia dengan perasaan yang sebegitu tanpa adanya rasa bersalah... Dan akhirnya... Harapan itu semakin besar di dalam hati aku.... 

Sejujurnya aku takut... Tapi separuh hati aku gembira dengan apa yang dia buat.. Jadi aku balas kiriman salam itu.. Dan kemudian... Aku di buru rasa takut itu kembali... Hahaaa... Mungkin tak ada yang faham.. Sebab apabila aku ceritakan pada Chips yang kenal aku luar dan dalam... Yang tahu perasaan aku pada My love itu pun tak faham apa yang aku rasa.. Entahlah, mungkin apa yang aku katakan dahulu tidak berkesan di hatinya.. Maka, dia menganggap aku hanya bermain-main?  haihh... Aku bukan manusia yang akan buat perasaan itu sebagai mainan... 

Akhirnya aku sekadar biarkan sahaja ia bermain di dalam kepala sendiri... Kepada Miss A memang aku tak berniat untuk memberitahu.. Kerana apabila di fikirkan balik... Dia pernah cemburukan hubungan aku dengan My love dahulu... Walaupun hakikatnya dia bukanlah seperti aku.. Jadi aku tak rasa dia perlu tahu... Biarlah perkara ini hanya menjadi rahsia aku di sini.. 

Secara jujurnya... Aku tertanya-tanya juga.. Apakah yang menyebabkan dia berkirim salam kepada aku? Mungkinkah kerana dia ingin menjaga pandangan kenalan kami itu agar tidak memandang pelik kepada dia apabila nama aku di sebut? Walaupun hakikatnya kenalan kami itu tahu yang aku dengan My love dah berapa lama tak bertegur sapa... Atau sebenarnya dia betul-betul teringatkan aku? Dan masih menganggap aku sebagai sahabatnya walaupun aku selalu menyakiti dia? Andai sahaja dapat aku cari jawapan tu... *sigh*

p/s:: I hope you'll be mine.. Urgh.. Why I'm so greedy? Dammit.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan